Tuesday 16 July 2013

Semuga anak2 abuya sentiasa sihat walau dimana anak2 abuya berada...hidup abuya berkelana..semuga kita ketemu anakku
Tanggal 16 july aku masih terus bermusafir...berkelana mencari titk kebahagiaan yg entah bila akan datang...hari ni genap 7 ramadhan 1434 umat islam berpuasa dan aku terus merindui anak2ku...aku hidup di lingkari fitnah dan tohmahan yang tidak berasas..sakit hati hanya Allah yang maha mengetahui...aku rela keseorangan andai kehadiran insan yang aku cintai menyakitkan hati..kerinduan pada anak-anak tetap subur di hati ini..aku terus melangkah jauh dan semakin jauh demi hidupku di pangkuan Illahi.."Ya Allah hanya pada Mu aku berserah segalanya dan mohon pertolongan Mu melalui kesedihan dalam hidup ini...."

Sunday 24 June 2012

masih berkelana

Salam anak2ku abuya sengsara menanggung rindu abnak2 ku abuya sibuk mencari rezeki..abuya yakin dan pasti kita akan diketemu nanti insyaallah.

Thursday 18 August 2011

Rintihan tanpa jemu

Untuk kesekian kalinya buya menjalani puasa tanpa kesempurnaan semua urusan buat sendiri,tiada belaian isteri..hidup sendirian tanpa org2 tersayang..sedih pilu mengenang syawal sedikit waktu menjelang..lagu2 kedengaran dari corong2 radio mengusik jiwa..syawal kali ini seperti syawal yg lepas2 tiada makna,tiada kegembiraan tiada erti pun..hidup hy dgn kenangan dan airmata..wajah tidak mampu lagi tersenyum..sedih duka menahan rindu..ya allah kembalikanlah anak2 ku...semuga hidup akan kembali ceria senyum akan terukir

Sunday 7 August 2011

Sudah besar agaknye kau kakak(nurkaseh kamila) dan dikya(nurkaseh kamilia)..abuya selalu merindui anak2 abuya..tak pernah putus doa dan harapan agar Allah menemukan kita,penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Abuya ingin mendukung,membelai anak2,melihat kenakalan,keletah anak2 membesar tapi hak itu telah di nafikan oleh mamamu..anak2ku..abuya merintih dan menangis..sudah 3x raya puasa abuya tidak bertemu dikau anak2ku..ya Allah kau ampunkan segala dosa2ku dan ketemukan daku dgn anak2ku..amin

Saturday 13 November 2010

bila berakhir kesedihan ini..?

Untuk kesekian kali abuya tetap bersendirian menyambut raya haji pada 17 nov 2010 (1431) yg bakal tiba dengan bersendirian merindui anak2 yang entah dimana tiada disisi abuya...hy Allah yang maha mengetahui kenapa ujian demi ujian terus menimpa diri ini...insyaallah abuya akan terus berkelana mencari setitis kebahagiaan di bumi gersang ini....menitip doa di bumi berkat agar anak2 kembali kepangkuan..."Ya Allah Kau kembalikanlah anak2 ku.berikanlah kesejahteraan dan kesihatan,kedamaian dan rezeki yang halal kepada Anak2ku.".amin...

Permata Jiwa Yang Telah Hilang

Permata jiwa yang telah hilang adalah kasih sayang
Kerana rata-rata jiwa manusia telah gersang
Pokok kasih sayang sudah tidak tumbuh di jiwa
Kerana air iman sudah tidak turun menyiram
Tuhan sudah tidak dicintai oleh manusia
Otomatik cinta sesama manusia tidak ada
Kerana itulah cintailah Tuhan
Cinta-mencintai sesama manusia akan terjalin sama
Cintakan Tuhan adalah rahsia mencintai sesama manusia
Cintakan Tuhan adalah anak kunci mencintai makhluk-Nya
Kalau Tuhan sudah tidak dicintai
Sudah pasti sesama manusia tidak akan terjadi cinta-mencintai
Patutnya kita berjuang
Untuk mencari kasih sayang yang hilang
Kita berkorban kerana hendak menanamkan kasih sayang
Mengapa kita berjuang perbalahan yang datang?
Mengapa kita berjuang, hingga hilang kasih sayang?
Yang kita cari bukankah kasih sayang
Mengapa kita berjuang hingga sampai kasih sayang
Kasih sayang bukankah keperluan insan?
Mengapa keperluan itu dihilangkan?
Bukankah manusia itu menderita kalau tidak dapat kasih sayang?
Bukankah manusia itu akan terganggu kehidupannya kalau tidak ada kasih sayang?
Jagalah kasih sayang, jangan sampai hilang

Sunday 26 September 2010

Ratapan seorang Ayah

Untuk kesekian kali abuya berhari raya bersendirian sudah kali ketiga…..perasaan rindu , terkilan,sesal,marah dan sedih saling berbaur…abuya sering dan sentiasa bermohon bedoa agar diketemukan dengan anak2 yang dirindui..terutama anas,fifi, kaseh kamila dan dik ya…semua anak2 abuya adalah permata di hati ini…hilang permata ini gelaplah hidup abuya….

Bukan abuya tidak pernah mencari,bukan abuya tidak mampu memberi nafkah tapi anak2 abuya dilari, disembunyi dan ditegah untuk betemu abuya dengan pelbagai alasan yang tidak menasabah…..abuya dicerca dihina dikata nista jika mencari dan bertemu dengan anak2 abuya sendiri….nafkah hendak dan dipertanggungjawabkan kepada abuya tp dimana hak abuya untuk bersama-sama anak2? Hak abuya untuk menjaga dan mencurah kasih kayang kepada anak2 abuya…abuya inginkan hak abuya terhadap anak2 abuya..bersama,menjaga dan memberi kasih sayang pada anak2…bukan sekadar memberi nafkah…bagaimana hendak memberi nafkah jika tempat tinggal pon tidak diketahui,nak bertemu pon disekat dan dihalang bahkan dikatakan nista…?

Ya Allah hebat ujian yang menimpa diri ini….setelah kes menimpa abuya ogos 2009 ….sudah hilang semangat,keyakinan untuk hidup….hidup bagaikan mayat hidup…tidak bermaya tidak berjiwa…namun takdir Allah telah mengutuskan Dr Hazimah..biarpon lebih tua dan dewasa dari abuya..namun dengan kasih sygnyer,usahanya mengubati dan merawat abuya..hampir 70% kesihatan kembali pulih..abuya cuba melupakan peristiwa yg berlaku….namun takdir masih lagi ingin menguji abuya…isteri abuya pula di timpa sakit akibat darah tinggi…mengakibatkan stroke sebelah badan sebula genap isteri abuya tidak mampu berjalan selama itulah abuya menjaga dan merawat …menguruskan segala keperluan..sehingga lah genap sebulan isteri abuya dapat berjalan biarpon perlahan2 dan masih tidak begitu gagah..abuya begitu bersyukur dan pasrah pada Ilahi dengan kurniaan kesihatan dan dapat menguruskan dirinya sendiri..rawatan diteruskan dengan tanam di pasir pantai,rendam kolam air panas disampingan ubat-ubatan moden dan herba..serta urut dan sebagainya sehinggalah sekarang…betapa byk pengorbanan masa dan doa untuk melihat isteri abuya sihat…hanya pada Allah abuya berserah semuga abuya sabar dan tabah menghadapi semua dugaan ini….

Namun ingatan terhadap anak abuya sehingga kini tidak pernah padam..abuya hanya mampu menangis akan apa yang berlaku…semuga Allah mengampunkan segala kesalahan dan kesilapan abuya hanya Allah mengerti dan mengetahui kenapa ini terjadi pada abuya..ingin menguji abuya kah..atau ingin ……..

Namun anak2 abuya dihati abuya…tidak pernah walaupon seminit jua……teringin dihati ini untuk bertemu anak2 dan menjelaskan segala-galanyer….semua segala kekusutan dan ketidak fahaman perkara berlaku dapat penjelasan sewajarnyer…

Abuya akan terus menulis dengan harapan tulisan ini akan tiba pada anak2 abuya….

14 sept 2010(rabu)

Friday 27 August 2010

Luahan seorang ayah(1)

Tanggal 17 ramadhan 1431/27 Ogos 2010

Surat untuk kakak dan Dik Ya( Nur Kaseh Kamila dan Nur Kaseh Kamilia)

Hari ini genap 17 hari umat Islam menjalani ibadat puasa..hari ini juga merupakan hari nuzul al-quran…dalam keadaan abah yang tidak sihat sejak beberapa hari,menanggung rindu,menanggung kesakitan hari dek peristiwa yang telah meisahkan kita ..kaka dan dik ya..abh begitu tertekan dan menderita..betapa kerinduan dan teruja untuk melihat kakak dan dik ya membesar didepan mata abah hanyalah impian..harapan abah dihancurkan dengan memisahkan kita suatu sikap yang mementingkan diri sendiri dan kejam tanpa memikirkan perasaan abah yang amat menyayangi kakak dan dik ya..abah terkenang di ribaan inilah kakak dan dik ya bermain…terkekeh ketawa dan tersenyum girang…tapi semua itu telah menjadi kenangan dan nostalgia sampai bilapun tidak akan hapus dari ingatan abah..Dimana abah akan dapat mencari mu anakku..di bulan ramadhan yang semakin mengesot ke penghujung..abah bercita-cita untuk membeli baju raya untuk kakak dan dik ya..namun apakan daya…sampai bila kita kan terpisah begini anakku..bila abah melihat anak2 sebaya kakak dan dik ya abah ternampak2 wajah kau dan dik ya disana..betapa abah amat merindui kakak dan dik ya..

Andai abah tidak ketemu kakak dan dik ya..abah yakin suatu hari nanti kakak dan dikya akan terbaca dan ketemu blog ini..disinilah kakak dan dik ya akan mengetahui kisah sebenar..siapa yang mengkhianati abah..siapa yang menghancurkan ikatan ini(perkahwinan abah dan mama) tanpa melalui jalan sebenar..semua akan terbongkar..abah menyakini itu..disaat itu barulah kakak dan dik ya akan mengerti betapa abah menderita tanpa kehadiran kakak dan dik ya dalam hidup abah..betapa abah sentiasa mendoakan agar kakak dan dik ya terus hidup dengan gembira…berjaya dalam kehidupan..

Harapan abah untuk bertemu dan bersama anak2 abah tidak pernah pudar selagi ada mentari diwaktu siang dan bulan diwaktu malam harapan dan doa abah tidak pernah putus2 untuk mengimpikan hidup bersama kakak dan dik ya..puteri abah yang tercinta.

Monday 7 June 2010

Rintihan merentasi zaman....

07 june 2010 (Isnin)

Anakku…sehingga hari ini abah tidak lagi melihat dan mendengar tawamu anakku…abah hy mampu menangis..tiada kegembiraan hidup ini, kenapa kita di pisah anakku….kenapa abah terpaksa menanggung semua ini..semua peristiwa yang berlaku tiada abah ngerti..dimana silapnya dimana salahnyer..

Abah tahu kau dah besar sekarang dah masuk 4 tahun…abah tidak pernah jemu mendoakan dan bermohon kepada Allah agar kau akan bersama abah…Nur kaseh Kamila..Nur kaseh Kamilia..putri yang amat abah sayang dan cintai…

Abah tau dan merasakan betapa seronok dan gembiranya mamamu menyakiti hati abah,di merasakankemenangan kerana memisahkan kita…merasakan kegembiraan hingga berguling2..airmata yang mamamu titiskan itu suatu kepalsuan…cinta palsu…

Begitu kejam dan tega …mamamu sendiri yang meleraikan ikatan cinta abah…tanpa melalui prosedur sepatutnya….mamamu sendri yang menceraikan dirinyer dari abah…memang mamamu mementingkan diri sendiri…

Bukan nya abah membenci tapi sakit hati diperlakukan begini….tidak akan sembuh sampai bila-bila dan sudah tiada kemaafan untuk mamamu anakku….luka hati kerana di pisahkan dengan kau anakku tidak akan sembuh sampai bila-bila..setiap airmata kerinduan yang menitis..tidak abah relakan dek perbuatan ibu mu….maafkan abah