Friday, 27 August 2010

Luahan seorang ayah(1)

Tanggal 17 ramadhan 1431/27 Ogos 2010

Surat untuk kakak dan Dik Ya( Nur Kaseh Kamila dan Nur Kaseh Kamilia)

Hari ini genap 17 hari umat Islam menjalani ibadat puasa..hari ini juga merupakan hari nuzul al-quran…dalam keadaan abah yang tidak sihat sejak beberapa hari,menanggung rindu,menanggung kesakitan hari dek peristiwa yang telah meisahkan kita ..kaka dan dik ya..abh begitu tertekan dan menderita..betapa kerinduan dan teruja untuk melihat kakak dan dik ya membesar didepan mata abah hanyalah impian..harapan abah dihancurkan dengan memisahkan kita suatu sikap yang mementingkan diri sendiri dan kejam tanpa memikirkan perasaan abah yang amat menyayangi kakak dan dik ya..abah terkenang di ribaan inilah kakak dan dik ya bermain…terkekeh ketawa dan tersenyum girang…tapi semua itu telah menjadi kenangan dan nostalgia sampai bilapun tidak akan hapus dari ingatan abah..Dimana abah akan dapat mencari mu anakku..di bulan ramadhan yang semakin mengesot ke penghujung..abah bercita-cita untuk membeli baju raya untuk kakak dan dik ya..namun apakan daya…sampai bila kita kan terpisah begini anakku..bila abah melihat anak2 sebaya kakak dan dik ya abah ternampak2 wajah kau dan dik ya disana..betapa abah amat merindui kakak dan dik ya..

Andai abah tidak ketemu kakak dan dik ya..abah yakin suatu hari nanti kakak dan dikya akan terbaca dan ketemu blog ini..disinilah kakak dan dik ya akan mengetahui kisah sebenar..siapa yang mengkhianati abah..siapa yang menghancurkan ikatan ini(perkahwinan abah dan mama) tanpa melalui jalan sebenar..semua akan terbongkar..abah menyakini itu..disaat itu barulah kakak dan dik ya akan mengerti betapa abah menderita tanpa kehadiran kakak dan dik ya dalam hidup abah..betapa abah sentiasa mendoakan agar kakak dan dik ya terus hidup dengan gembira…berjaya dalam kehidupan..

Harapan abah untuk bertemu dan bersama anak2 abah tidak pernah pudar selagi ada mentari diwaktu siang dan bulan diwaktu malam harapan dan doa abah tidak pernah putus2 untuk mengimpikan hidup bersama kakak dan dik ya..puteri abah yang tercinta.

Monday, 7 June 2010

Rintihan merentasi zaman....

07 june 2010 (Isnin)

Anakku…sehingga hari ini abah tidak lagi melihat dan mendengar tawamu anakku…abah hy mampu menangis..tiada kegembiraan hidup ini, kenapa kita di pisah anakku….kenapa abah terpaksa menanggung semua ini..semua peristiwa yang berlaku tiada abah ngerti..dimana silapnya dimana salahnyer..

Abah tahu kau dah besar sekarang dah masuk 4 tahun…abah tidak pernah jemu mendoakan dan bermohon kepada Allah agar kau akan bersama abah…Nur kaseh Kamila..Nur kaseh Kamilia..putri yang amat abah sayang dan cintai…

Abah tau dan merasakan betapa seronok dan gembiranya mamamu menyakiti hati abah,di merasakankemenangan kerana memisahkan kita…merasakan kegembiraan hingga berguling2..airmata yang mamamu titiskan itu suatu kepalsuan…cinta palsu…

Begitu kejam dan tega …mamamu sendiri yang meleraikan ikatan cinta abah…tanpa melalui prosedur sepatutnya….mamamu sendri yang menceraikan dirinyer dari abah…memang mamamu mementingkan diri sendiri…

Bukan nya abah membenci tapi sakit hati diperlakukan begini….tidak akan sembuh sampai bila-bila dan sudah tiada kemaafan untuk mamamu anakku….luka hati kerana di pisahkan dengan kau anakku tidak akan sembuh sampai bila-bila..setiap airmata kerinduan yang menitis..tidak abah relakan dek perbuatan ibu mu….maafkan abah

Wednesday, 3 February 2010

KEHILANGANMU

KEHILANGANMU ,SAAT KU MEMUJA
KINI HIDUPKU, DI UNDANG SENGSARA
ZAHIRNYA CINTAMU SUCI DI MATA
SELOKA RINDU MENIKAM DIJIWA
DINGIN MALAM BERLALU
KU TERKENANGKAN MU
INDAHNYA SEWAKTU BERSAMA DULU
JANJI BERPADU ANTARA KAU DAN AKU
MERINDU SELALU DIJIWA BERSATU
NAMUN SEGALANYA TELAH PUN BERLALU
YANG TINGGAL HANYALAH SEGENGGAM RINDU
TAK PERNAH KU IMPIKAN PERPISAHAN TERJADI
KERANA KU HARAPKAN KASIH YG ABADI
PAHIT YG KU TELAN SERASA DURI
MENGAPA OH SAYANG KAU TIDAK MENGERTI
KU TEMPUH DUGAAN SECEKALNYA HATI
WALAUPUN KESABARAN KU SERING TERUJI
AKU DIKAMAR SEPI BERTEMANKAN DUKA
PERPISAHAN TERJADI BUKANNYA KU PINTA
ANDAI DISAAT INIKAU SEDANG BERBAHGIA
DIA YANG KAU MILIKI INSAN YANG DIPUJA
KENANGLAH DIRI INI YANG TELAH KECEWA
TERMANGU SENDIRI ANGKARA DUSTA
BAHTERA IMPIAN KARAM DI LAUTAN
TERDAMPAR KELEMASAN KU KESEORANGAN
REBAH BERSAMA SEBUAH HARAPAN
DALAM MENERIMA ERTI PERPISAHAN
BIARLAH KU HIMPUN SISA PENGORBANAN
MUGA TAK KAN LUPUT DI TASIK INGATAN

Tanggal 28 Jan 2010 (khamis)

Surat untuk Ani..
Ani kau menghubungi abg akhirnya..kau mohon agar abg menerima hakikat perpisahan ini...perpisahan tanpa rela..kau kejam,kau zali,kau mengkhianati cinta dan ikatan kita..kemudian kau minta maaf..senang ucapan namun sukar untuk abg maafkan kau..kerana kerakusan dan nafsu kau hancurkan cinta abg..kau pisahkan anak2 abg ngan abg..
manis kau bercakap..kau mengikut hasutan dan kau sendir mengikut nafsu,penting diri sendiri
semua kejadian dan kemusnahan senang je kau sandarkan kesalahan dan kesilapan pada abg..?kesilapan kau sendiri kau tidak nampak..murah cinta dan kasih kau sebagai isteri..
Ani sampai bila2 abg tidak dapat memaafkan kau..kau pengkhianat cinta..kau pengikut hawa nafsu, kau pentingkan kemewahan..
Kau merayu,menangis untuk sebuah kemaafan..hati abg dah cukup beku,cukup keras dan sakit..sukar untuk abg maafkan..abg dah cukup menderita..luka yang amat dalam masih berdarah...untuk apa kau bilang kau cinta,sayangi abg..?untuk sakiti untuk hancur kan harapan abg..
Hidup abg adalah untuk anak2 abg..abg merindui mereka..abg perlu mereka..
Segala berlaku adalah kerana kezaliman,kebodohan kau sendiri ani..kau rela menghancurkan ikatan suami isteri dengan cara yang paling keji...Abg hy mohon Allah menunjukkan keadilan dan kebenaranNya..Kau akan merasai penderitaan dan kesengsaraan.hidup kau penuh penyesalan...!
Abg masih menyayangi kau ani..abg korbankan segalanya sehingga abg terkorban...abg lakukan segalanya untuk kebahagiaan kita..namun kau lebih rela menghancur dari membina..
Hanya anak2 abg dambakan...abg perlukan mereka..abg tidak rela kau pisahkan abg ngan anak2 abg...tidak merelai dan abg tidak pernah mengharapkan selain bertemu anak2 abg..kau menafikan hak anak2 untuk abg...Allah Maha Adil..Allah akan mengadili apa yang kau lakukan pada abg...

Sunday, 3 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Anakku sayang..! Abh mengucapkan selamat tahun baru 2010..abh sentiasa merindui Kakak (Nur Kaseh Kamila) dan Dik ya (Nur Kaseh Kamelia)..abh cuma mampu doakan semuga anak2 ku sihat dan sejahtera..abh tidak tahu dimana kamu kini..semuga Alah mempertemukan kita...Kenapa Mama (Isteri Abh) tega memisahkan kita, anakku....Dimanakah kau,puteri2 ku? Abh menangis merindui, abh mencintai kau puteri ku..

Friday, 27 November 2009

hariraya aidl adha 1430

27 nov 2009(jumaat)

Ku masih bersendirian..entah lah..ku kecewa dan hampa di uji mcm nih.. pagi raya ku pegi ke bachok..tempat ibadat korban di rumah kawan hamdan namanyer.. balik dan solat jumaat di kg kedai lalat...pastu balik umah tido..je..hati ku
(Wajah Puteri Ku yang ku rindui)

masih merindui isteri dan anak2ku..kenapa tak hubungi ku sampai kini....sampai hati kau ani..
Dis nanti ku akan meneruskan pengajian yang terbengkalai sekian lama kerana demi menjaga dan tanggungjawab pada keluarga...semoga dengan mengikuti kuliah pengajian akan menyibukkan dgn aktiviti yang berfaedah dan berguna..biarpun agak lewat belajar tapi sekurang2nye aku dapat bukti kan kepada masyarakat dan mereka yang pandang rendah padaku..bahawa aku terus melangkah dan cekal..
namun kini..aku keseorangan ku merindui putri2ku..yang entah di mana..


Perkarangan Univ Islam Negeri Sultan Shariff Kassim Pekan Baru, Riau..
Ind
onesia

Sunday, 20 September 2009

Satu Syawal 20 Sept 2009(1430h)






Dalam kegembiraan umat Islam menyambut,ku kembara di pagi Syawal mencari setitis kedamaian di hati dan ketenangan,masih adakah kiranya kedamaian dan ketenangan..sehingga kini air mata ku terus menitis...ku kembara ...mungkin kah ku akan terus kembara, ani.. di pagi syawal kau mencium tangan abang tp hari ini sudah tiada,apakah tiada kenangan itu pada diri mu?di manakah hilai tawa anak kesayangan abg? sebulan sudah masih ada hari ini sudah hilang bagaikan mimpi ia terjadi ...mengapa kau berkeras menyembunyikan diri.. Ani isteriku sampai hati kau terus membisu entah apa sebabnya dan mengapa..kenapa anak2 kau pisah kan dari abg ani..kau kembalilah untuk selesaikan konflik antara kita..hy itu pinta abang..!

Di hari raya ini ku terdampar di Impian Inn Batu Pahat .mengenang nasib mengenang diri, berehat dan menenangkan fikiran..sumbangan seorang kawan, Abd Rahman Ariffin..kenalan di Bt Pahat..sepanjang laluan di bt Pahat adalah nostalgia untuk kita ani, kita pernah datang brsama disini menguruskan urusan perniagaan kita..bohong kalu abg tidak terkenangkan semua itu,,airmata tanpa segan terus menitis..semua menjadi kenangan yang menusuk jiwa hati ini menangis..tidak ku sangka kan terdampar disini lagi...
Abg tidak pernah mebenci kamu ani, kau pergi tanpa ku rela..abang rindukan anak2, ani..kembalilah ,sayang!

Wednesday, 16 September 2009

surat untuk ani..

Tanggal 3 ogos 2009(Isnin)

Ani pergi meninggalkan abang semasa abang berada di kota kinabalu, sedikitpun abang tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan ani terhadap abang.Ani sanggup meninggalkan abang terkapai-kapai keseorangan di dunia ini.Sedangkan ani tahu abang tiada sesiapa selain dari ani dan anak2 kenapa ani tega?Abang tidak pernah meninggalkan ani walaupun abang marah,geram namun untuk meninggalkan ani tidak terlintas sama sekali dalam fikiran abang.tapi ani?Sehingga kini abang hanya mampu menangis dan merayu agar kau pulang. Abang merindui kau ani. Kenapa ini yang kau lakukan? Kenapa abang kau jadikan mangsa dendam kau? Kenapa anak-anak kau pisahkan dari abang. Ani tahu kan anak-anak cukup rapat dengan abang..sesungguhnya abang tidak mengerti kenapa ini terjadi…Dimanakah kau ani? Pernah ke abang menghalang apa yang ingin kau lakukan?tidak kan bahkan abang memberi sokongan dan dorongan untuk ani berjaya..pernahkah abang mengambil duit ani? tidak kan? pernahkah abang menghalang ani bertemu saudara mara ani? tidak kan? Bahkan abang sendiri menghantar ani kerumah khenduri adik ani di Terengganu..abang rela berulang dari KB - KT untuk mengambil kau..tapi kenapa abang bagaikan tiada kebaikan langsung untuk ani.. Kenapa ikatan kita di dengki dan di benci? Kenapa hasutan syaitan yang ani ikutkan..hancur sudah hidup ini dengan sikap mu ani…abang sungguh kecewa..abang sungguh sedih..kenapa ini kau lakukan..abang harap kau pulang ..jgn teruskan sikap ini bersembunyi kelak memakan diri..Ya Allah Kau pertemukan aku dengan ani ,sesungguhnya abg amat menyayangi mu ani…abg sediakan maafkan segalanya..

Dulu masa kita nak kawin ani sedia bersama abang selamanya, JANJI ani..nak mengaji Quran sampai selesai.. ani beriya-iya ajak kawin..tapi sekarang kenapa begitu membenci diri ini? apa kejahatan yang abang telah lakukan? Abang di tuduh menghabiskan duit ani…berapa juta abang habiskan duit ani? Berapa ekar tanah ani abang dah jualkan? Semua bercakap atas dasar benci, dengki..bukan fakta…kereta tu ani tahukan duit abang banyak ada kat situ,mesin jahit itu adalah usaha abang..ani nak wat lari gitu je? Kalu ani berani dan yakin ani benar kita bincang dan selesaikan cara baik..bukan sembunyi begini..Siapa yang jahat sebenarnya..apa yang ani hendak dalam dunia ni..? ani rasa saudara mara ani akan jaga ani sampai mati?..Ani kata abang hipokrit? Apa yang abang buat untuk ani? Ani bukan hipokrit? Ani berpura-pura baik bila abang takda ani lari..sembunyi kalu ani benar kenapa takut..kenapa biarkan keluarga masuk campur… Ani melarikan diri dengan smua harta termasuk kereta..ani lupa abang perlu kereta untuk kerja dan lain-.lain tergamak ani tinggalkan abang terkapai2 hy Allah akan menentukan segalanya ani..Kebenaran akan terserlah jua...ani ingat keluarga ani akan jaga ani…mereka semua mengerit duit ani..ani harap kepada anak2..mereka akan ada tanggungjawab sendiri..abang yakin sangat-sangat ani akan balik kembali kepada abang..ani akan menyesal dengan tindakan ani ini…percayalah.hy pada Allah abang berserah.. KENAPA KAU PERLAKUKAN DIRI INI BEGINI ANI..?

29 Ogos 2009

Abang menerima sms ugutan demi ugutan yang melarang mencari kau ani,tapi kenapa..? kenapa di larang kenapa tidak mahu bersemuka? Kerana tidak ada bukti kejahatan abang. Cuma bersandar kepada ayat benci dan dengki..kenapa ani tidak mengerti? Abg tahu kau sekarang ini serba salah diatas kesilapan langkah yang kau ambil itu. Kau jua tertekan.Abang berada di Kuantan..sebak bila abang melalui kawasan kampong sg ikan, tepoh terbayang kenangan kita bersama di situ.Terlalu banyak kenangan kita di semua tempat kita pergi abang hy mampu menangis dan berdoa..Abang singgah di pusara ma, menghadiahkan fatihah dan berdoa semuga ma jua dapat membantu kau ani..ani kau tersepit sebenarnya..kau mesti pulang ..abang tidak tahu kau dimana..kalau tidak abang pergi ambik kau ani..brsama anak2 abang rindu anak2 kita. Abang tidak peduli pasal yang kereta,harta yang kau bawa ani,yang penting kau dan anak2 pulang.

30 ogos 2009

Abang pergi ke kg dalam kemunting jumpa paksu ghani minta nasihat..pak su bagitahu bykkan solat hjt ..solat 5 waktu jgn tinggal..jgn fikir byk..nanti sakit.. abang gi jumpa hj hamzah di padang kala, dan hj hamzah bagi air penawar supaya tenang hati dan doakan semuga ani kembali, dia bgth ani akan pulang..yakinlah..abang tenang bila dengar nasihat hj hamzah abang amat meyakini kau pulang dan abang buat persediaan untuk bawa ani pergi kemana sahaja..abang Cuma tunggu kau pulang ..pulanglah sayang..hari ini dah 9 hari puasa..abang makan tidak menentu dan merata..makan tidak lalu dan tidak seronok..HILANG KEGEMBIRAAN,HILANG KEBAHGIAAN amat berat ujian Mu Ya Allah..hapuskanlah penderitaan ini ya Allah..

31 ogos 2009

Tiada kegembiraan untuk abang menyambut kemerdekaan…raya dah dekat..abang sudah mati sebelum kematian dan jasad tidak bermaya…Abg rela mati dari hidup menderita begini betapa sakitnya betapa dalamnya luka ini Abang bagaikan dah putus asa dan kecewa untuk meneruskan hidup ini.

01 sept 2009

Sampai sekarang abang tidak faham kenapa kau berdiam diri ani,apa salah abang pada kau? Knpa bemci sgt? Semasa sayang segalanya baik dan manis belaka tapi kenapa bila benci tindakan macam ni yang kau ambil ani? Kenapa tidak bersemuka..abang pelik dan hairan dengan sikap kau ani? Apa yang Ani kejarkan sebenarnya? Abang rindukan anak-anak abang ani..pulanglah isteri ku..pulanglah

Monday, 7 September 2009

Pulanglah Ani Usah Merajuk lagi

KAU PULANGLAH ISTERIKU:

Ingatlah bahawa kau pernah mencintai diri ini,bahkah ani pernah kata abglah cinta ani selama2nya.Kita menyulam kasih..menghirup kebahgiaan dan kedamaian bersama..lahirlah dua putri tercinta namanya pun Kaseh sebagai tanda kasih kita sampai mati..tetapi kenapa tanpa ribut tanpa kata bicara..ini yang terjadi kau menghilang diri tanpa berita, ani membawa diri entah dimana? tinggalkan abang keseorangan..kenapa? Ani melarikan diri dr rumah bersama barang2 dan kereta itupun semasa abang pergi sabah.Sebelum abang pergi, kita dalam suasana yang baik,harmoni...tapi kenapa jadi begini? Berpura-pura baik tapi hati penuh dendan kesumat. Apa yang bermain di fikiran mu Ani?Abang mohon kau pulanglah andai nak nak berpisahpun buat cara yang elok bukan lari mcmni ? bagaimana pulak hak abang untuk bersama anak2?Tergamak ani pisahkan mereka dengan ayahnya?dan abang sedia maafkan segalanya kesalahan dan kesilapan kau demi anak kita dua orang tu.

Betapa sakitnya hati ini melihat rumah yang kosong..kenapa sekejam itu ani,bagaikan suamimu ini sukar di bawa runding?Setiap hari hy terbayang keletah dan senda gurau anak2 yang manja..setip hari terbayang kemesraan,(kemesraan pura-pura rupanya)Kau kejam ani,memisahkan anak2 dgn abang..!Ya Allah mohon pentunjuk Mu mohon keadilanMu..
Abang rindukan anak2 abang pulanglah demi sebuah ikatan kasih sayang yang pernah kau sulam dan pupuk dulu..Kalau Ani yakin ani benar pulanglah kita selesaikan kemelut ini..kerana ani rasa ani bersalahlah maka ani bersembunyi,takut..menghadapi kebenaran..!! itu hakikat sikap mu ani..tapi sehingga hari abg tidak mengerti kenapa dan mengapa?

Saturday, 5 September 2009

Di manakah Sinar Hidup ini?


Setelah kehilangan orang tersayang...
tidak ku sangka ini jadinya...

Perpisahan tanpa rela
setelah kasih ku curah,
setelah pengorbanan di abadikan
setelah harta ku korbankan
Sinarku hilang entah dimana..
Ya Allah masih adakah sinar hidup ini?

Saban hari ku mohon,

saban hari ku rayu..

ku tangisi di riba Mu Ya Allah
mohon petunjuk hati jua makin sayu

makin sedih..
makin gelisah...
Kenapa ini yang menjadi ujian pada ku
hamba yang lemah

hamba yang tak punya apa-apa
Cuma kasih ku pada Ani Isteriku
Cintaku cuma pada Anak-anak ku
Cinta Sejati ku untuk Mu Ya Allah
tak pernah luntur
Ani Isteriku dan anak2 itulah sumber keci
ntaan ku pada Mu Ya Allah
Semuanya kau ambil Ya Allah
Bulehkah ku teruskan hidup tanpa mereka
Ku sedar kasih MU Ya Allah
sehingga kini ku masih bersabar
ku syukur dengan nikmatmu..
tapi di manakah isteri dan anakku Ya Allah
Kenapa insan ini di fitnah,
insan ini di cerca

Di manakah silap dan kelemahan ku Ya Allah
Ampunkan dosaku Ya Allah
Ampunkan Dosa ku Ya Allah
Hy satu ku pohon, ku mohon sesungguh hati
KEMBALIKANLAH ISTERI KU ANI DAN ANAK2KU
Kembalikanlah mereka Ya Allah
Mereka lah satu-satunya hartaku di dunia ini
Masih ada kah sinar untuk hamba ini Ya Allah
Andai nya tiada lagi sinar hidup ini..Kau Ambil lah diri Ya Allah...
Ku tak sanggup hidup berduka,hidup bersedih lagi
berikanlah petunjuk Mu Yg Maha Suci

Ampunkan dosa hamba Mu Ya Allah