Tuesday 17 March 2009

Kelantan Terus Menggamit Pelancong

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini telah menerima rombongan seramai 50 orang dari Kelab Penyokong Pas (kaum India)Dun Sijangkang pada 15 Mac 2009(Ahad).
Rombongan tersebut telah dibawa melawat Kompleks Pentadbiran Kota Darul Naim serta melawat Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kebanyakan rombongan terdiri dari kaum india merasa teruja kagum dengan pembangunan di Kelantan. Pelawat telah melihat dan mendengar sendiri berkenaan pembangunan negeri Kelantan oleh Pegawai UPKN (Ustaz Adnan Othman). Kemudian pelawat di bawa melawat ke kediaman rasmi MB Kelantan (JKR 10). Di Sambut dan mendengar sendiri taklimat yang di sampaikan oleh YB Wan Yusof bin Wan Mustafa(Adun Gual Ipoh) , Melawat Rumah Tuan Guru di Pulau Melaka.program lawatan berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari di dewan Astaka JKR10. (Gambar2 Lawatan Kelab Penyokong PAS Dun Sijangkang)






































Bergambar Kenangan di Puncak Gunong Stong




Gua Bogor Tempat Bermalam
Gambar Mendaki Gunong Stong, Hutan Jelawang Jeli

Wednesday 4 March 2009

Ekpedisi Gunong Stong, Hutan Jelawang



(Gunung Stong Menggamit Kenangan)




Berhimpun sebelum mulakan XPDC pendakian



Ayahmuda(BajuMerah) melalui denai pendakian



Di Kemuncak Gunong Stong pada ketinggian 4664 ka

Bertemu kembali...

Ayahmuda berkesempatan bersama-sama dgn 35 orang kakitangan kompleks pentadbiran Kota Darulnaim telah berjaya menawan puncak gunung stong pada ketinggiannya 1399 m (4664 ka) tepat jam 10.45 pagi pada 21 feb 2009 baru-baru ini. Ekpedisi ini yang di anjurkan oleh Badan Sukan dan Kebajikan Kakitangan Kompleks Kota Darulnaim(BASUKA).Pengerusi BASUKA En Mohd Imran bin Mansor berkata program ini di anjurkan adalah sebagai ujian saringan untuk menguji tahap kecergasan bagi peserta-peserta terpilih untuk menyertai program pendakian gunong Kinabalu yang dijangka pada bulan ogos nanti, disamping itu program ini untuk menjalinkan ukhwah semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan para peserta. Ekpedisi ini bermula pada petang 20 feb(Jumaat) selepas semua peserta bersolat Jumaat di masjid Jelawang. Tepat jam 3 petang para peserta diberikan taklimat ringkas oleh juru pandu yang menekan aspek keselamatan dan menjaga kebersihan sepanjang pendakian.Perjalanan ekpedisi menawan gunong Stong dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ayahmuda sendiri, Setelah melalui beberapa halangan dan kesukaran mendaki, diiringi dengan hujan yang turun renyai2, ada dari kalangan peserta seolah-olah telah patah semangat tapi dengan dorongan dan kata2 semangat oleh rakan-rakan peserta , maka para peserta tiba di tempat bermalam iaitu gua bogor jam 0730 malam. Setelah membersihkan diri di sungai yang airnya begitu sejuk dan jernih, para peserta menunaikan solat magrib berjemaah dan juga solat hajat memohon untuk hidayah dan keselamatan sepanjang program. Sambil menunggu makan malam siap disediakan ada yang bertukar-tukar pengalaman dan pandangan ,ada yang melumurkan minyak angin sambil mengurut kerana ketegangan urat. Selesai makan malam semua peserta tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan. Setelah solat subuh berjemaah,Ayahmuda menyampaikan kuliah subuh, selesai sarapan pagi dan doa selamat dibacakan mohon keselamatan semuga pendakian ini berjaya dilaksanakan.Perjalanan mendaki diteruskan, pendakian semakin sukar dengan ketinggian yang mendongak melalui celah-celah banir akar yang besar.hampir 2 jam perjalanan para paserta tiba di kemuncak gunong stong dengan selamatnya.Takbir dilaungkan sebanyak 3 kali tanda kesyukuran atas kejayaan menawan gunong Stong. Sepanjang pendakian naik dan perjalanan turun tiada masalah atau kecederaan yang dialami peserta mungkin kerana para peserta begitu berhati-hati dengan aspek keselamatan.Perjalanan turun bermula pada jam 1140 pagi dari puncak dan berhenti rehat untuk makan tengahari di gua bogor. Sesudah selesai semua peserta bertolak turun, perjalanan turun makin sukar kerana menuruni curam-curam dan tebing-tebing bukit yang begitu tinggi tanpa menghiraukan kepenatan dan keletihan, dengan semangat dan keyakinan serta keberanian semua halangan itu di lalui dengan tabah. Hujan turun dengan renyai-renyai dan jalan semakin licin. Peserta sampai di Kem Baha, Hutan Jelawang untuk berehat, solat dan mandi. Hampir satu jam berehat perjalanan turun diteruskan.Perjalanan turun tidak sama dengan mendaki,tanpa kesabaran dan keberanian mungkin semua ini agak mustahil untuk di lalui. Semua peserta selamat tiba di kaki gunong Stong jam 7 malam.Para peserta begitu gembira dan bangga kerana kejayaan menawan puncak gunong Stong telah menjadi kenyataan , bahkan berhasrat untuk mendaki lagi di suatu masa kelak. Seribu kenangan dan pengalaman dalam 2 hari di gunong Stong tidak dapat di lupakan oleh para peserta. Melalui hutan jelawang dan menikmati kesejukan air terjun Jelawang terasa keagungan Allah dan kebesaranNya.Gamitan dan lambaian gunong Kinabalu terbayang dimata dengan harapan semuga semua cabaran dapat di lalui dengan tabah. Pada 04 mac dalam sesi taklimat dan pengumuman kelayakan program mendaki gunung Kinabalu, Ayahmuda tersenarai juga rupanya...rasa gembira dan terharu tapi dalam ms yang sama ayahmuda tepaksa meneruskan lagi sesi latihan demi sebuah cabaran....gunung Kinabalu doakan semuga ayamuda berjaya..