Wednesday 3 February 2010

KEHILANGANMU

KEHILANGANMU ,SAAT KU MEMUJA
KINI HIDUPKU, DI UNDANG SENGSARA
ZAHIRNYA CINTAMU SUCI DI MATA
SELOKA RINDU MENIKAM DIJIWA
DINGIN MALAM BERLALU
KU TERKENANGKAN MU
INDAHNYA SEWAKTU BERSAMA DULU
JANJI BERPADU ANTARA KAU DAN AKU
MERINDU SELALU DIJIWA BERSATU
NAMUN SEGALANYA TELAH PUN BERLALU
YANG TINGGAL HANYALAH SEGENGGAM RINDU
TAK PERNAH KU IMPIKAN PERPISAHAN TERJADI
KERANA KU HARAPKAN KASIH YG ABADI
PAHIT YG KU TELAN SERASA DURI
MENGAPA OH SAYANG KAU TIDAK MENGERTI
KU TEMPUH DUGAAN SECEKALNYA HATI
WALAUPUN KESABARAN KU SERING TERUJI
AKU DIKAMAR SEPI BERTEMANKAN DUKA
PERPISAHAN TERJADI BUKANNYA KU PINTA
ANDAI DISAAT INIKAU SEDANG BERBAHGIA
DIA YANG KAU MILIKI INSAN YANG DIPUJA
KENANGLAH DIRI INI YANG TELAH KECEWA
TERMANGU SENDIRI ANGKARA DUSTA
BAHTERA IMPIAN KARAM DI LAUTAN
TERDAMPAR KELEMASAN KU KESEORANGAN
REBAH BERSAMA SEBUAH HARAPAN
DALAM MENERIMA ERTI PERPISAHAN
BIARLAH KU HIMPUN SISA PENGORBANAN
MUGA TAK KAN LUPUT DI TASIK INGATAN

Tanggal 28 Jan 2010 (khamis)

Surat untuk Ani..
Ani kau menghubungi abg akhirnya..kau mohon agar abg menerima hakikat perpisahan ini...perpisahan tanpa rela..kau kejam,kau zali,kau mengkhianati cinta dan ikatan kita..kemudian kau minta maaf..senang ucapan namun sukar untuk abg maafkan kau..kerana kerakusan dan nafsu kau hancurkan cinta abg..kau pisahkan anak2 abg ngan abg..
manis kau bercakap..kau mengikut hasutan dan kau sendir mengikut nafsu,penting diri sendiri
semua kejadian dan kemusnahan senang je kau sandarkan kesalahan dan kesilapan pada abg..?kesilapan kau sendiri kau tidak nampak..murah cinta dan kasih kau sebagai isteri..
Ani sampai bila2 abg tidak dapat memaafkan kau..kau pengkhianat cinta..kau pengikut hawa nafsu, kau pentingkan kemewahan..
Kau merayu,menangis untuk sebuah kemaafan..hati abg dah cukup beku,cukup keras dan sakit..sukar untuk abg maafkan..abg dah cukup menderita..luka yang amat dalam masih berdarah...untuk apa kau bilang kau cinta,sayangi abg..?untuk sakiti untuk hancur kan harapan abg..
Hidup abg adalah untuk anak2 abg..abg merindui mereka..abg perlu mereka..
Segala berlaku adalah kerana kezaliman,kebodohan kau sendiri ani..kau rela menghancurkan ikatan suami isteri dengan cara yang paling keji...Abg hy mohon Allah menunjukkan keadilan dan kebenaranNya..Kau akan merasai penderitaan dan kesengsaraan.hidup kau penuh penyesalan...!
Abg masih menyayangi kau ani..abg korbankan segalanya sehingga abg terkorban...abg lakukan segalanya untuk kebahagiaan kita..namun kau lebih rela menghancur dari membina..
Hanya anak2 abg dambakan...abg perlukan mereka..abg tidak rela kau pisahkan abg ngan anak2 abg...tidak merelai dan abg tidak pernah mengharapkan selain bertemu anak2 abg..kau menafikan hak anak2 untuk abg...Allah Maha Adil..Allah akan mengadili apa yang kau lakukan pada abg...