Monday 7 June 2010

Rintihan merentasi zaman....

07 june 2010 (Isnin)

Anakku…sehingga hari ini abah tidak lagi melihat dan mendengar tawamu anakku…abah hy mampu menangis..tiada kegembiraan hidup ini, kenapa kita di pisah anakku….kenapa abah terpaksa menanggung semua ini..semua peristiwa yang berlaku tiada abah ngerti..dimana silapnya dimana salahnyer..

Abah tahu kau dah besar sekarang dah masuk 4 tahun…abah tidak pernah jemu mendoakan dan bermohon kepada Allah agar kau akan bersama abah…Nur kaseh Kamila..Nur kaseh Kamilia..putri yang amat abah sayang dan cintai…

Abah tau dan merasakan betapa seronok dan gembiranya mamamu menyakiti hati abah,di merasakankemenangan kerana memisahkan kita…merasakan kegembiraan hingga berguling2..airmata yang mamamu titiskan itu suatu kepalsuan…cinta palsu…

Begitu kejam dan tega …mamamu sendiri yang meleraikan ikatan cinta abah…tanpa melalui prosedur sepatutnya….mamamu sendri yang menceraikan dirinyer dari abah…memang mamamu mementingkan diri sendiri…

Bukan nya abah membenci tapi sakit hati diperlakukan begini….tidak akan sembuh sampai bila-bila dan sudah tiada kemaafan untuk mamamu anakku….luka hati kerana di pisahkan dengan kau anakku tidak akan sembuh sampai bila-bila..setiap airmata kerinduan yang menitis..tidak abah relakan dek perbuatan ibu mu….maafkan abah