Tuesday 12 May 2009

Gambar Ayahmuda



Bersama TG sewaktu melayani tetamu
di Kediaman Rasmi MB Kelantan















Bersama Ketua Pemuda Pas Kelantan
Yb Ustaz Latiff bin Abd Rahman
(ADUN Mengkebang)

Tinta Manisnya Madu ?

Kini ku faham kenapa negeri ku kelantan kelihatan sakit dan semakin banyak cacat cela…….suasananya sangat jauh beza di tahun-tahun awal kerajaan islam pas mentadbir di sana….mungkinkah pemimpin sekadar bertungkus lumus utk menang pilihanraya ?sedangkan ’slow’ dalam mengisi kemenangannya ??
masyarakatnya kembali rosak dan meremehkan agama….wanita kembali membuka tudung dan mendedahkan auratnya…..anak muda merempit dan semakin ramai yg longlai dgn pil kuda…nombor ekor dijual mudah di bengkel membaiki motor dan kereta….kejadian curi kereta, curi duit termasuk di masjid yg tidak lagi terjamin keselamatannya…berseluar pendek dikalangan lelakinya, berbaju ketat di kalangan pompuannya…..itu sudah semakin biasa…..barangan dijual dgn harga yang berlipat ganda…melebihi harga di tempat lain di malaysiasuasana yang dulu sejuk kini ‘panas’ di mana-mana…majlis ilmu semakin susut dan tidak lagi mendapat sambutan penduduknya…hatta begitu banyak masjid yg sekadar tempat solat jemaah saja..tidak menjadi tempat yang aktif menghidupkan syiar agama…tak banyak beza dgn negeri yang diperintah UMNO…
kunjungi masjid ketika waktu solat utama…..anda patut tanya kemana pergi anak-anak mudanya….kerana yang tua-tua saja yg masih setia di sana….
jika begini suasananya….apa perlu menang pilihanraya…walau semakin gagah parti islam berkuasa…tapi masyarakat yg dibentuknya…semakin rendah kualitinya….semakin merosot nilai islamiknya…
bersegera bersama kita merawat masyarakat kelate kito…saya hiba sungguh melihatnya…

Sedutan dari blog sahabat “senjata”

Friday 8 May 2009

Tazkirah maghrib

Selepas solat maghrib berjemaah dengan isteri tercinta , ayahmuda membaca petikan al-Quranul Karim dari surah As-Syura ayat 20 yang bermaksud:
" Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat, Kami akan tambah keuntungan baginya, barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia.Kami akan berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tiada bagi mereka suatu bahagian pun di akhirat".
Apa yang menyedihkan Ayahmuda, biarpun begitu jelas sekali Allah menyatakan dalam alQuran tentang keuntungan akhirat berbanding dengan dunia.Namun manusia hari ini tetap juga memburu dunia,tanpa menghirau dosa pahala..mengumpat, menanam sifat permusuhan sesama insan bagaikan begitu manis dan seronok sekali, mendedah aurat tidak terasa berdosa bahkan bangga sekali. Apa yang penting mendapat segala keseronokan dan kegembiraan dunia..sudah hilang kehormatan isteri kepada suami semata-mata kerana dia berpendapatan lebih tinggi dari suami, sudah hilang sifat kemesraan antara jiran kerana jiran itu tidak mempunyai harta dan kemewahan. hari ini manusia menjadi harta,pangkat dan kemewahan sebagai kayu pengukur persahabatan dan hubungan kemanusiaan.. sanggupkah kita menukar kebahgiaan dunia yang sedikit dan sementara dengan kebahgiaan akhirat yang kekal abadi..?Ada segelintir manusia menjadikan hujjah agama hanya dimulut untuk menarik perhatian manusia dan untuk mendapat gelaran pangkat didunia..supaya dia dikatakan terbaik dan mulia..hakikatnya ini manusia umpama musang berbulu ayam..menceroboh kemuliaan agama demi mengejar keuntungan dunia yang sedikit..

Wednesday 6 May 2009

Sebagai Renungan bersama

Ayahmuda ingin mengajak semua sahabat-sahabat menghayati bait-bait maksud ayat alquran ini sebagai peringatan kita bersama:

1. Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)
2. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)
3. Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17
)

Tuesday 5 May 2009

Ulama penerajui kepimpinan

Melihat kepada kenyataaan TGNA yang tetap mahukan supaya ulama terus menjadi peneraju utama dalam Parti Pas menggambarkan ketegasan dan keyakinan TGNA terhadap institusi ulama. Ketika ini,saat ini muncul kembali gagasan siapa yang layak menjadi pemimpin apakah ulama atau profesional.Spatutnya kita menyedari sedari dulu lagi yang layak menjadi pemimpin adalah dari kalangan ulama..iaitu yang mendapat pendidikan agama secara formal bukan sekadar "mee celup" pinjam istilah Nik Abduh.Kenapakah profesional itu di tafsir dengan tafsiran begitu sempit? apakah profesional itu dari kalangan Dr, Engineer, Lawyer dan lain-lain lagi.. sahaja? sedangkan ulama adalah profesional dan profesional bukan semestinya ulama..sebaba ulama berkait rapat dengan ketakwaan bukan pada sijil yang berjela-jela..kan? dan kepimpinan merupakan amanah yang di pertanggungjawabkan oleh Allah taala merupakan perkara utama yang disoal oleh Allah taala di hari akhirat nanti. Namun ayahmuda melihat ramai yang bergeletek, berkeinginan untuk menjadi pemimpin satu-satu organisasi...beranggapan diri yang lebih layak dan mempunyai pelbagai kelebihan atau pun berdasarkan kepada pengikut yang ramai.Kepimpinan bukan diiktiraf melalui ramainya penyokong, tingginya ilmu tapi berdasarkan kepada sejauh mana ketakwaan kepada Allah Taala.Pemimpin seperti ini akan di cari dan di pilih walaupun berada di hujung dunia sekali pun seperti contoh panglima Talut yang berasal dari pinggiran kampung.Pemimpin yang baik bukan sekadar bercakar berdegar-degar tapi ntah apa2, pemimpin yang baik bukan sekadar pandai berdiskusi,berwacana dan duduk atas pentas semata-mata. Tetapi pemimpin yang baik adalah yang sentiasa berfikir kemana hala tuju masayarakat dan apakah mendapat keredhaan Allah taala atau pun tidak.Ayahmuda berpandangan dan merasakan tidak semua pemimpin yang berfikiran begitu.tetapi merasakan kepimpinan adalah suatu lubok atau peluang untuk menimba kekayaan, menjadi angkuh dengan kuasa yang sedikit.Andai ada berfikiran begini ingatlah Allah maha mengetahui niat dan hasrat.. bersediakah kita menemui Allah dalam keadaan kita bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasulullan SAW?Dalam suasana masyarakat hari ini yang begitu meragui Ulama dan golongan agama..adakah mereka merasai mereka yang lebih layak menghuni dunia ini dalam keadaan membenci ulama?Sedangkan kita sama-sama tahu keamanan, kesejahteraan,kedamaian adalah kurniaan Allah taala dan siapakah menjadi perantaraan yang mewujudkan semua ini? kalau tidak ulama? Begitu jugalah sekiranya berlaku kemusnahan, kerosakan dan kefasadan dimuka bumi ini siapakah yang menjadi penyebab kemurkaan Allah? kalau tidak pelaku maksiat?antaranya ialah meragui kewibawaan dan hilang keyakinan terhadap ulama..? fikir2 kanlah..