Sunday 30 August 2009

KASIH KU YANG KEHILANGAN


KENANGAN MANIS KAU DAN AKU
TAKKAN TERHAPUS
DURI RANJAU DALAM BERCINTA
LUMRAH DUNIA
SAYANG MENYAYANG CINTA DIKENANG
PERASAAN MENJADI RINDU
LIHATLAH DIRIKU YANG KEHILANGAN
TANPA KASIHMU SAYANG SIAPAKAH AKU
SAYANG MENYAYANG
SALING PERCAYA
PUNCA KASIH BERJUANGAN
MENGAPA KITA HARUS BERSENGKETA
KERANA FITNAH DAN SALAH SANGKA
APA YANG TRJADI PADA KENANGAN
SEMEMANG
AKU TIDAK PERNAH MELUPAKAN
MENGAPA MASIH ADA PERASAAN BENCI
KERANA CINTA DAN PERCAYA
LUPUT DALAM PERASAAN MARILAH KASIH

KITA SALING SAYANG MENYAYANG
KALAULAH ADA
BENCI
KITA SANDARKAN PADA KENANGAN

APA YANG HARUS KITA LAKUKAN

KITA SANDARKAN PADA KENANGAN.










(Kenapa ini berlaku pada HAMBAMU INI YA ALLAH
adakah hidupku akan di selubungi kesedihan selamanya?)

Dimanakah Kecintaan ku ini?

Doa ku Pada Mu Ya Allah Ya Allah Ku Mohon Dengan Sesungguh hati Ku mohon kembalikanlah Istriku Ani dan Anak2ku, di manakah mereka? Mereka lah sumber untuk ku terus mengagungkan Mu Ya Allah.. Kembalikanlah Kebahgiaan ku Ya Allah. Cukuplah penderitaan ini tak tertanggung lagi ya Allah ..!Kau Lepaskan Penderitaan ini dan gantikanlah yang lebih baik darpada penderitaan ini..

Istri ku dan anak ku di manakah kau sayang!


Abang rindu kan kebahgiaan ini isteriku dan anak2 ku..kembalilah istri dan anak2ku

Monday 24 August 2009

RINTIHAN SEORANG SUAMI

Ani Disaat abang memerlukan kau

Tatkala kasih dan cinta terus mekar

Lupakah dikau betapa banyak pengorbanan

Segala harta kita korbankan demi cinta kita

Tapi kenapa kini hancur?

Di Saat abang memerlukan sokongan dan dorongan

Ani pergi membawa diri,

Tergamak dan kejam tindakan itu ani…..

Ani pisahkan anak-anak dengan abang…

Dendam apa yang ani kesumatkan?

Kenapa abang menjadi mangsa dendam mu,ani?

Siapakah yang hipokrit? Siapa yang kedekut?

Abang?

Tahukah ani segala kehendak ani abang cuba tunaikan..

Biar lapar, biar dahaga ani yang abang utamakan..

Tapi kini di manakah dikau sayang

Kasih abang tidak pernah luntur

Airmata menjadi teman..airmata menjadi sarapan

Rayuan,doa tidak pernah jemu

Kenapa penyelesaian tidak jua kunjung tiba..

Tergamakkah ani melupakan jasa baik abang

Sepanjang 5 tahun brsama..berbagai ranjau,duri,onak kita lalui bersama

Tapi kini teganya ani membiarkan abang keseorangan

Hubungan kita bagaikan belangkas,

Kesana kemari berdua..bersenda gurau

Bertalipon dengan gelak gembira

Tapi kini….musnah sudah hidup kita..dek HASUTAN..?

Abang rayu abang mohon

kembalilah demi kehidupan dua insan tersayang

NURKASEH KAMILA, NUR KASEH KAMELIA

Bukti cinta kita bukti keagungan kasih kita

Pulanglah sayang!

Sunday 23 August 2009

YA ALLAH KU MOHON PADAMU




















YA ALLAH KEMBALIKAN KEBAHAGIAANKU, KEMBALIKAN ISTERIKU ANI DAN ANAK2KU, KU MERAYU,MEMOHON SEPENUH JIWA..KEMBALIKAN IKATAN KASIH KU..AKU MERINDUI ISTERI DAN ANAK2KU KU MERAYU SANGAT2 PADAMU YA ALLAH KEMBALIKANLAH KECINTAANKU..KEMBALIKANLAH HIDUP KU..KU MOHON YA ALLAH

Monday 17 August 2009

KENAPA DAN MENGAPA INI TERJADI

KENAPA ANI BUAT TINDAKAN BEGINI?
KENAPA TRAGIS DAN SEDIH PERPISAHAN INI? DIMANA ANAK KU SAYANG! KEMBALILAH UNTUK PENYELESAIAN KITA BUAT APA BERSEMBUNYI..KALAU ANI YAKIN ANI BENAR!

HIDUP KU MUSNAH DI PUNCAK KINABALU


Ani, abang berangkat ke Kinabalu adalah untuk menyertai misi mendaki gunung kinabalu sebagai suatu aktiviti riadah pada tanggal 2hb ogos 2009. Ani kasih sayang abg pada ani memang jujur dan ikhlas dari lubuk hati..biarpun abang marah ani tapi itu niat mengajar tapi bila abang marah ani jiwa abang turut sakit. 2 minggu sebelum abang brangkat kita bertengkar pasal perasaan dan hubungan.Sedikit perselisihan bukanlah abang bermaksud membenci ani. Abang tidak membenci ani pun. Kita terus hidup bersama dengan baik dan tenang.Memang abang mengasihi ani, mencintai ani sepenuh hati abang rela mati menanggung cinta ini biar apa orang kata..Ani kecintaan abang yang begitu dalam. Abang tidak menduga ani merancang akan keluar pada hari abang ke kinabalu. Sedikit pun tidak.

3 Ogos 2009

Pagi abang tiba di KL, abang hubungi ani dapat bercakap dengan baik pun abang pesan ani jaga diri baik-baik bawak kereta elok2. Abang tiba kat airport kita bersms seketika..nampak happy..tengahari abang cal ani lagi..sampai kinabalu petang abg cal ani..dapat bercakap…tapi nada dah lain ani macam sibuk dan tergesa-gesa abang risau..…pukul 6 abang bercakap dengan ani..abang bagitahu dah sampai di kinabalu..nak gi makan.

Malam berkali-kali abang cal ani hampir satu jam ani membisu dan tidak jawab sampai pukul 9. Abang cal abang mat,dia bagitahu..rumah gelap kereta tiada…abang terus terduduk..hati abang mati sebelah tubuh abang longlai..ani dah tinggalkan abang rupanya !!

04 Ogos 2009

Abang mendaki gunung dengan hati separuh..menangis dan menangis abg tahu ani dah tinggalkan abang sepanjang pendakian abang hampir pengsan jiwa dah luluh…berat minda berat fizikal

08 Ogos 2009

Abg sampai rumah pagi suboh dan ternyata ani telah tingalkan abang..abang menangis tanpa segan silu..abang amat3 sayangkan kau ani tanpa kau hidup abang mati, hidup abang tanpa serinya..abang sedia maafkan walau sebesar mana silap kau pada abang..sebab abang hanya nakkan kau balik ani, kesian anak-anak, abang rindukan mereka ani.. Semasa abang kesabah kita berpisah dalam keadaan baik,bersalam dan sempat abang minum air yang ani buat ani menemani abang..selepas itu ani mandikan anak-anak dan abang teruskan perjalanan..kenapa ani buat begini..apa salah dan silap abang? Besarkah dosa abang sehingga ani berdiam diri tidak bercakap menghubungi langsung abang..? Kenapa? Kalau abang ada salah dan silap abang tak tahu manakah kesalahan dan kesilapan abang yang menyakiti hati mu ani..abang hanya mahu ani kembali…dan kita teruskan hidup seperti biasa.. Hari-hari abang menangis abang merayu pada Allah semoga kau kembali ani. Abang terus ke kampong asal untuk mencari kau ani. Tiada, di rumah adik kau pun tiada dan di mana-mana yang biasa semua tiada. abang tak tahu nak cari ani di mana? Abang tahu kau mungkin tidak sayang abang tapi abang mohon kita selesaikan segalanya dengan baik dengan harmoni..supaya sama-sama dapat menjalani hidup dengan aman dan baik tapi kenapa ani lari begini?

Abang dah bagitahu rumahtangga terletak pada keikhlasan isteri..kalau isteri menghormati ikatan insyaallah akan aman dan selamat tapi kalau isteri anggap ikatan sebagai suatu mainan inilah yang terjadi.Apatah lagi kalau ada hasutan dari keluarga ani yang entah kenapa tidak suka dan membenci abang. Abang pun tak tahu kenapa benci sangat keluarga ani pada abang. Sedangkan kalau ada kenduri kendara abang benarkan kau balik bahkan abang hantar pun..Ani boleh berjumpa dan bersama keluarga ani bila mereka dataAng tiada apa pun yang abang marah. Kalaulah ada masalah kita boleh bincang dengan baik, bukan lari begini…setiap kesukaran, kesusahan ada penyelesaian ani kau baliklah tak lama lagi puasa dan kemudian raya.. Abang penuh yakin ani masih menyayangi abang cuma keluarga ani tidak benarkan ani kembali kepada abang. Tapi sekurang-kurang beritahulah ani ada dimana? Abang ingin berjumpa dengan anak-anak abang. Hanya pada Allah merayu, menangis semuga Allah menggerakkan hati ani pulang..sekurang-kurangnya ani hubungi abang..Abang tahu abang bukan terbaik tapi abang berusaha untuk mencukupkan keperluan hidup kita dengan harapan hidup kita bahgia. Tapi tindakan ani melarikan diri amat tidak betul dan tidak baik sama sekali biar apa sebab..kerana lari erti ani penakut lari dari masalah....sepatutnya kita bincang ketidakpuasan dan permasalahan antara kita supaya kita sama-sama membetuli dan menjaga amanah ikatan dengan 2 cahayamata. Jahat sangatkah abang sehingga Ani lari tanpa di ketahui? Buruk sangatkah kelakuan abang sampai tidak boleh di bawa berbincang. Sekarang abang tidak peduli dan segan..abang hanya merayu agar ani pulang…semoga doa abang, sahabat2 dan mereka yang simpati akan di makbulkan Allah.

12.Ogos 2009

Hari ini dah sepuluh hari ani tidak dapat di kesan. Entah dimana kau ani? Sihatkah kau? Makan kah kau?bagaimana dengan anak2? Bolehkah ani buat kerja dengan anak2 tanpa abang? Semua itu bermain dalam fikiran abang..Abang tahu ani nekad lari dari abang..tapi kenapa? Abang hanya mampu menangis…!! Dimanakah kau ani isteri ku.. Abang mohon maaf atas kesilapan kesalahan yang abang tidak sedari…..

Seorang isteri sepatutnya meletakkan suami di tempat yang mulai,hormat, sanjung dan bersyukur dengan apa yang apa..tapi apa yang abang rasai dan lalui ani langsung tisak menghormati abang, ani anggap abang macam kucing kurap, ani gigit dan tumbuk abang..tapi bagi ani itu berlaku atas sebab2 yang ani rasa menasabah..tapi bila abang marah ani,abang tengking ani , ani kata abang perangai suka pemarah, ustaz apa tak sabar, suka merosakkan barang dan pelbagai lagikata nista yang tak patut di dengari. Siapakah yang menjaga ani bila ani sakit,abangkan? Tapi ani kata abang bangkit dan itu memang tanggungjawab dia seorang suami..tanggungjawab seorang isteri ,mana?

Ani perlaku abang bagaikan tiada maruah diri ini..sedangkan ani tahu abang sgt menyayangi ani,abang ingin mengajar ani mengaji,ani mudah merajuk bila marah sikit,abang ajak solat jemaah di masjid ani kata perempuan tidak harus ke masjid..pelbagai alasan yang sengaja ani cipta..sehingga tanggal 3.8.09 ani melarikan diri semasa abang tiada semua barang ani angkut..apakah tindakan ani itu baik..ani tutup phone ani takut abang cari..kanapa takut kalau ani di pihak yang benar..semua terjadi kerana sikap ani yang tidak pernah brsyukur dengan apa di kurniakan Allah.. Kesenangan apa yang ingin ani cari lagi..selain dari ketamakan nafsu yang tidak pernah puas? Ani tega memisahkan anak dengan bapanya..sampai sekarang abang tidak tahu dimana ani. Ingatlah syurga isteri di sisi suami..ani melukakan hati abang cukup banyak dengan tindakan ini..dan adik beradik yang sememangnya dengki dengan abang pun mengambil kesempatan menghasut.. bulehkah ani nak bina kesenangan dan kebahgiaan atas airmata seorang suami yang teraniaya? Allah maha mengetahui dan Allah jua akan membalas dengan sewajarnya. Begitu tega ani bersembunyi dan memisah abang dengan anak-anak abang sedangkan berkali-kali abang bagitahu bahawa dua orang inilah permata hati abang setelah kita sama-sama bina kehidupan diatas kehancuran keluarga masing-masing. Ani sering mencari kesilapan abang..ani hendak abang sempurna seratus peratus. Ani bagaikan lupa abang manusia biasa..ani juga lupa ani manusia biasa yang ada banyak kesilapan. Bila bercakap dengan abang pernah ani merendah suara?.ani begitu lantang bersuara lupa bahawa seorang isteri harus menghormati suami..Apakah kesalahan abang? Hanya marah ani,tegur ani? Pernah abang pukul ani sampai patah retak..pernah abang lukai kulit ani sampai berdarah2? Semua alasan yang ani sebut tidak betul belaka,dan sengaja direka untuk memburukkan abang. Ani kata abang hipokrit tapi sapa hipokrit sebenarnya? Ani baik sangat ngan abang semasa abang nak pergi sabah..rupa2nya ani berpura-pura baik. Ani menanti saat abang tiada di rumah? Inikah isteri yang baik? Ani larikan diri bersama barangan rumah dan kereta tanpa izin abang baikkah ani buat begini? Abang hanya mampu brserah pada Allah hanya Allah maha menghukum biarlah Dia yang menentukan segalanya. Ani kata abang ustaz apa?mcm ni? Tahukah ani gelaran ustaz bukan abang yang letakkan..itu panggilan penghormatan pada abang..salahkah abang mengajar ani mengaji quran? Salahkah abang mengajak ani solat jemaah? Tak tahu lah kalau-kalau di mata ani, itu adalah suatu kejahatan…entahlah ani..abang hy kini nak bertemu anak-anak, anak-anak itulah permata hati saya isteri saya pun tahu..kalau kita selesai cara baik..dia buleh buat kerja apa-apa saya pun buleh buat kerja dengan tenang..buleh jumpa anak-anak sekali sekala..kan elok begitu tapi kini…? Kalau ada masalah pun kenapa begitu tega melarikan diri bersama barang dan anak-anak, entah dimana? Kalau ada perikemanusian sekurang-kurangnya benarkanlah bertemu ngan anak-anak.

abang mohon sangat agar ada penyelesaian antara kita, kepada keluarga isteri saya tolong jangan campur dan mengeruhkan suasana..Kenapa mereka tidak pernah datang jumpa saya dan brbincang kenapa mengambil sikap bersembunyi dan takut menghadapi kebenaran? Datanglah dan kita selesaikan apa-apa pun dengan cara yang baik.tiada apa yang tidak boleh di selesaikan biar sekusut mana sekalipun..kepada kawan-kawan dan anggot a masyarakat simpati tolonglah bagitahu jika tahu dan melihat di mana isteri dan anak2 saya. Kepada keluarga isteri saya jika tahu dimana isteri dan anak2 nasihatkanlah supaya pulang dan selesaikan dengan baik segala masalah dan janganlah mengeruh suasana,sebaliknya berikanlah sokongan dan nasihat yang berguna bukan menceritakan keburukan demi keburukan yang sengaja di cipta.

Wednesday 12 August 2009

ANI ISTERIKU, ANAK-ANAKKU DIMANA KAH KAU
























































ANI ISTERIKU..

ABANG MOHON DAN MERAYU AGAR KAU PULANG, ABG TIDAK MENGERTI KENAPA NI KAU LAKUKAN..SEDANGKAN SEMASA ABANG NAK BERANGKAT KESABAH..SEMUANYA ELOK, BAIK. ANDAINYA ADA MASALAH KITA BINCANG SECARA ELOK ,HARMONI DAN TERTIB..ABANG RINDUKAN ANI DAN ANAK-ANAK KEMBALILAH..DIMANA KAU ANI ISTERIKU..DIMANA KAU ANAK-ANAKKU.KENAPA KAU BUAT BEGINI..KENAPA ANI LAKUKAN SEMASA ABANG TIADA..KEJAMNYA ANI MEMISAHKAN ABANG DENGAN ANAK2 ABANG SEHARIAN ABANG MENDOAKAN AGAR KAU PULANG PULANGLAH ISTERIKU..