Wednesday 21 January 2009

Bulan Mengambang di Kuala Terengganu

Tahniah Kemenangan PAS di K.Terengganu



Takbir..! Pertama sekali ayahmuda ingin merakamkan tahniah atas kemenangan PAS P.Raya Kecil Parlimen K.Terengganu. Kemenangan ini hasil usaha ikhtiar dan doa kita untuk melihat Islam di mertabatkan. Sepanjang Ayahmuda di K.Terengganu ada beberapa perkara yang ingin di kongsikan bersama yang kadangkala terlepas pandang:




1.Para penyokong yang berkorban masa,wang ringgit demi kemenangan Islam tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan cuma ingin melihat PAS di mercu kejayaan sebagai hasil pengorbanan itu.


2.Keikhlasan yang begitu ketara, rela berdepan dan bertegang urat dengan pihak keselamatan demi mempastikan pengundi tidak di monopoli oleh UMNO.



3. Sanggup berpanas,mengekang mata merayu undi untuk PAS walaupun tinggal keseorangan.


Semuga dengan tatapan ini akan menginsafkan bahawa bukan senang untuk meraih kemenangan. Dan sama2 kita mempertahankan kemenangan ini. Justeru itu pimpinan2 parti sekali-sekala pandang2lah kebawah dan ingatlah pengorbanan ahli-ahli,penyokong dan pendokong PAS. Sesuai dengan pesanan YAB Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS. Tahniah sekali lagi....

Tuesday 20 January 2009

Sekitar PRK KTerengganu (P036)

Ayahmuda bersama Dato'Anuar Tan(Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
Muslimat giat merayu undi demi kemenangan PAS













Wednesday 14 January 2009

Kenali Kelantan




Antara aktiviti2 lawatan dan tempat-tempat Menarik di Kelantan.

Kegiatan Membeli Belah

- Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu
- KB Mall
- Pasar Lama MPKB
- Bazar Buluh Kubu
- TESCO
- Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
- Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
- Pasar Malam Wakaf Che Yeh
- Pasar Tok Bali, Pasir Puteh
- Pasar Jelawat, Bachok
- Pasar Wakaf Aik Bachok

Menyelusuri Sejarah dan Mengenali Kraftangan

- Muzium Negeri
- Muzium Perang
- Kampung Kraftangan
- Istana Jahar
- Istana Balai Besar
- Padang Bank
- Bank Pitis
- Pintu Gerbang Rehal (Mercu Tanda Pelancongan Kota Bharu)

Menikmati Saujana Pemandangan di Pantai dan Air Terjun

- Pantai Cahaya Bulan,Kota Bharu
- Pantai Irama, Bachok
- Pantai Seri Tujuh,Tumpat
- Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh
- Pantai Tok Bali, Pasir Puteh
- Jeram Pasu, Pasir Puteh
- Jeram Linang, Pasir Puteh
- Air Terjun Jelawang di Lata Beringin (Setinggi 7 Tingkat, tertinggi di Asia Tenggara)

Menghayati Koridor Pembangunan Islam/Kebajikan

- Sekolah Atas Tembok : Kuliah Umum MB Kelantan setiap minggu(Jumaat) di dataran ilmu Jalan Dato Pati KB
- Kempen Penutupan Aurat
- Skim Takaful Kifalah/Armalah
- Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh
- Madrasah Al-Fununiah Al Tunjuniah
- Madrasah Al-Diniah Al Falahiah
- Madrasah Rahmaniah (Pondok Lubuk Tapah)
- Madrasah Muhammadiah (Pondok Sungai Durian)
- Banyak lagi

Menjamu Selera dengan Makanan Tradisional

- Nasi Kerabu
- Nasi Dagang
- Nasi Berlauk
- Nasi Tumpang
- Nasi Ulam(Restoran Cikgu) – Pusat Kraf Tangan
- Laksa
- Laksam
- Solok Lada
- Sambal Daging
- Gulai Darat
- Budu
- Ayam Percik
- Jala mas
- Lompat Tikam
- Tepung Pelita
- Keropok Lekor
- Onde-onde
- Ketupat Sotong
- Dodol
- Serabe
- Buah Gomok
- Sare
- Kerabu Pauh
- Sira Pisang
- Putumayam
- Sarang Tebuan
- Pulut Manis
- Pulut Bakar
- Pulut Panggang
- Taik Itik
- Buah Tanjung
- Puteri Mandi
- Akok

Mengunjungi Kilang Industri Kecil Sederhana

- Serunding / Sambal Daging Di Kg Laut
- Keropok di KM 13 Pantai Cahaya bulan
- Budu
- Batek di Nordin Batek Kg Sireh
- Perak di Kg Morak

Gambar Kenangan

Istimewa untuk Ayah Nik Sekeluarga....




Terima Kasih atas kesudian Ayah Nik menerima kunjungan AyahMuda walaupun tanpa perancangan.Semuga ukhwah terus erat demi Islam, insyaallah....

Tuesday 13 January 2009







Demi Sebuah Perjuangan di PRK KT (P036)

Sepanjang 3 hari aku berada di Kuala Terengganu bersama Petugas Parti Pas Kaw Pasir Puteh agi membantu menjalankan gerak kerja untuk memenangkan calon PAS Abdul Wahid Endut. Petang 5 Jan aku tiba di KT program pertama ku hadiri ialah Program bersama masyarakat Tionghua di Kg Tiong Dun Bandar.Sokongan kaumTionghua cukup hebat lebih kurang 300 orang yang hadir pada hari itu.Pada hari penamaan calon aku bersama isteri bertolak dari rumah tumpangan di Bukit payung seawal jam 7 pagi. Jalan begitu sibuk rupanya kereta berjalan bagaikan semut. Aku terlihat khemah besar yang menjadi penempatan sementara polis sepanjang Pilihanraya Kecil ini.Begitu ramai polis rupanya. . hampir segenap tempat terdiri pondok polis. Apa yang dirisaukan pasal keselamatan PR kecil ini entahlah.Macam bandar metro polis Kuala Terengganu ini. Sampai je jalan pusara tempat bermulanya perarakan calon. Penyokong-penyokong PAS begitu ramai nampak semangat perjuangan untuk menobatkan calon PAS di KT ini. Aku terus melangkah menyertai gerombolan perarakan, kelihatan sama Dato Takiyuddin EXCO kerajaan Kelantan bersama Nik Abduh ramai juga kenalan yang bersama-sama dalam perarakan ini ada da ri Melaka, Pahang, Kedah dan Selangor.Aku berkesempatan berkenalan dengan seorang ahli kelab Penyokong PAS dari Jasin Melaka, K Krishnan namanya seorang pengusaha Kelab Bina Badan bekas Pegawai Kerajaan.Katanya pengaruh PAS di Melaka kian berkembangan begitu yakin kelihatannya PAS akan menawan Kota Melaka. Rata-rata ahli perarakan ini datang dengan tangggungan sendiri.Bahkan ada yang membawa barang jualan untuk menampung kos sepanjang di Terengganu. Ikhlas demi sebuah perjuangan. Di wajah mereka tergambar PAS akan mencapai kemenangan. InsyaallahMelihat sambutan dari ahli PAS dan penyokong aku ingin meletakkan kemenangan pada pihak kita, tetapi usaha dan keyakinan dari petugas untuk meraih undi pengundi perlu untuk menang. Keselarasan kerja dari Ahli PAS tempatan dengan kami (dari luar Terengganu) adalah penting untuk perolehi kemenangan.

Dalam masa perarakan aku mendapat panggilan dari SU Pemuda Terengganu bagi menguruskan lawatan Pengundi Muda ke Kelantan. Aku terus hubungi YB Dato’ Omar dan YB Zaki Ketua Pemuda PAS Kelantan untuk mengambil date dengan mereka. Alhamdulillah dapat. Di sini inginku melafazkan kata pujian buat Petugas PAS Kelantan yang bersemangat untuk melihat kemenangan Islam, mereka apabila diminta ke tempat bertugas untuk menjaga keselamatan markas, gotong-royong memersihkan tempat ceramah semua di lakukan dengan cepat, bersedia tepat pada masa.Dalam beberapa hari bersama merealisasikan tugas arahan Pimpinan di Kuala Terengganu banyak ilmu yang kukutip, pengalaman yang tidak akan dapat dibeli dengan wang. Semuanya ini mematangkan lagi dalam perjuangan ini.
Aku balik seketika untuk menjenguk kerja-kerja di pejabat, terutama lawatan pertama tahun 2009 dan aku akan kembali menolong kerja-kerja pilihanraya yang tidak tidak beberapa hari lagi. Perang poster masih tidak terlalu hebat. Akutidak tahu apa strategi yang digunakan tetapi perang saraf dimainkan oleh pihak kerajaan. Macam biasa TV3 dah jadi TV Umno.. Kepada sahabat2 teruskan perjuangan semuga Bulan kembali mengambang di Kuala Terengganu..Insyaallah