Thursday 23 July 2009

xpdc menawan gunung kinabalu

KAKI TANGAN PEJ. SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KELANTAN MISI MENAWAN PUNCAK KINABALU PADA 02 – 07 OGOS 2009

PESERTA YANG TERPILIH SERAMAI 20 ORANG BERSAMA 5 ORG JURULATIH.

BEBERAPA SIRI LATIHAN TELAH DIADAKAN SEPERTIMANA BERIKUT:

1. SIRI PEMILIHAN – MENDAKI GUNUNG STONG

2. PERSIAPAN MENTAL JOGING SEKITA RKOMPLEKS KOTA DARULNAI

3. MENDAKI BUKIT BAKA MACANG SEBANYAK 3 KALI

4. MENDAKI GUNUNG TEBU SEBANYAK 3 KALIPERALATAN/KEPERLUAN

5. DOA

PENDAKIAN GUNUNG KINABALU TERBAHAGI 2 PERINGKAT:

1. DARI KAKI GUNUNG (MESILAU) KE LABAN RATA SELAMA 7 JAM PERJALANAN

2. DARI LABAN RATA KE PUNCAK SELAMA 3 JAM

MISI:

1. MEMBAWA HASRAT DAN CITA-CITA TOK GURU & RAKYAT KELANTAN

2. SEMANGAT KERJASAMA BERPASUKAN

AYAH MUDA BERHARAP SEMUA MENDOAKAN SEMUGA XPDC INI SELAMAT DAN BERJAYA INSYALLAH

Wednesday 22 July 2009

Perteguhkan ukhwah sesama Muslim

“Saban Tahun kita menyambut ketibaan Israk Mikraj tapi apa yang kita lihat suasana pengamalan terhadap pengajaran dan panduan yang terselit dari peristiwa israk mikraj seolah-olah tidak diamalkan dalam kehidupan umat Islam. Realitynya penyalahgunaan dadah, gejala social yang semakin meningkat, kadar perceraian yang semakin membimbangkan, tipisnya ketaatan isteri kepada suami, suami yang mengabaikan tanggungjawab dan pelbagai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita hari. semua gejala ini menyumbangkan kepada kerosakan akhlak dan pergaulan bebas di kalangan masyarakat. Justeru itu sempena dengan sambutan israk mikraj pada tahun ini, dari sini bermulanya perubahan demi perubahan yang patut dilakukan dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.” Demikian pandangan yang di lontarkan oleh Ustaz Adnan bin Hj Othman,Yang Dipertua Persatuan Mawaddah Kelantan(PEMAKEL).

Jelas beliau lagi, Peristiwa israk mikraj bukan sekadar untuk menghibur jiwa Rasulullah SAW yang sedang melalui tempoh tahun dukacita dengan kehilangan 2 orang yang selalu membantu Baginda dalam menyebarkan dakwah Islam iaitu Siti Khadijah(Isteri tercinta baginda) dan Abu Talib (bapa saudara) tetapi adalah berkaitan rapat dengan keimanan yang jitu dan keyakinan yang amat tinggi terhadap kekuasaan Allah, tiada yang mustahil bagi Allah SWT. Begitu jua dengan kejadian yang berlaku sepanjang israk mikraj merupakan pengajaran yang amat baik yang berkaitan dengan kehidupan kita sehari-hari, contohnya dalam satu kisah bagaimana Rasulullah SAW di perlihatkan dengan peristiwa seorang lelaki yang memikul beban sehingga tak berdaya tapi di tambah lagi bebanan, menggambarkan bagaimana ada manusia yang bersikap tamak dan haloba terhadap pangkat dan kekuasaan sehingga jawatan yang sedia ada pun dah tak mampu di pikul tapi sangup lagi menerima pelbagai jawatan demi kepuasan nafsu diri sendiri. Ini reality yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Salah satu peristiwa penting yang berlaku adalah kefardhuan solat lima waktu dan Nabi SAW telah di tunjukkan dengan detapa azabnya mereka yang meninggalkan solat. Mereka ini telah menghantukkan kepala di batu sehingga pecah dan bercantum kembali, selepas itu di hantuk lagi begitulah berulang-ulang.Sayangnya ada dari kalangan umat Islam yang tidak merealisasikan ibadat solat ini. Mungkin hanya solat ketika ada ceramah israk mikraj atau semasa kempen bulan sembahyang pada bulan rejab atau pun pada hari raya aidil fitri dan hari raya aidil adha.Inilah suasana yang berlaku pada hari ini.”

Atas kesedaran inilah Persatuan Mawaddah Kelantan di tubuhkan sebagai sebuah organisasi sukarela untuk berganding bahu bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk membantu dan menyedarkan kembali masyarakat supaya menghayati ajaran-ajaran dalam Islam sesuai dengan slogan kerajaan negeri Kelantan iaitu “membangun bersama Islam”. Mengulas tentang persatuan Mawaddah Kelantan,Persatuan ini di tubuhkan pada jun 2009 adalah sebuah badan sukarela berhasrat dan berusaha untuk membantu terutama sekali golongan orang2 tua, anak yatim/terbiar dan terlibat secara akti dalam masyarakat seperti menganjurkan kursus/seminar, gotongroyong, pendidikan, sukan dan pelbagai lagi aktiviti yang akan dianjurkan dari masa kesemasa.

Thursday 16 July 2009

Antara Kemenangan dan Kekalahan di PRK MU (N 041)

Ayahmuda berpandangan dengan melihat taburan janji UMNO cukup hebat dengan sogokan wang untuk membina pelbagai kemudahan kepada masyarakat setempat serta pelbagai lagi dengan janji kemewahan jika mereka mengundi UMNO. Dan sepatutnya UMNO menang . Tetapi, janji mereka hanya nampak sia-sia sahaja kerana masyarakat di sini masih menyokong penuh kepimpinan Pas di Kelantan khususnya bawah teraju Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kemenangan yang diraih calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai kelmarin.

Kemerosotan undi Pas pada pilihan raya kecil itu perlu dikaji dalam masa terdekat bagi melihat kembali apakah faktor penyebab ia berlaku. Kajian akan dibuat secara menyeluruh akan dibuat bagi melihat sama ada faktor sogokan wang, kesedaran atau sebaliknya yang berlaku dalam kelompok masyarakat di kawasan berkenaan.

Pas Kelantan buat masa ini, belum dapat dipastikan lagi punca Pas hanya meraih majoriti 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi ketika Pilihan Raya Umum ke-12, 2008.

Mengulas mengenai dua puteri UMNO yang didakwa cedera dibaling batu, isu berkenaan sengaja dipropagandakan dengan menuduh penyokong Pas berbuat demikian.

Kita tidak mendapat apa-apa pengesahan mengatakan penyokong Pas yang membaling batu berkenaan, lagipun pihak polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Keseluruhannya pengundi di Manek Urai berubah-ubah pendirian dan kecenderungan. kalau dilihat pada sejarah pilihan raya di Manek Urai bermula 1999, Pas menang, 2004 giliran UMNO dan 2008 Pas kembali merebut kerusi DUN berkenaan serta pilihan raya kecil ini juga memihak kepada Pas.Rakyat kelantan tetap bersama Tuan Guru.

Tuesday 14 July 2009

KELANTAN BERCUTI

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya

Sekaligus tindakan Kelantan memberi cuti kepada penjawat awam sempena pilihanraya Kecil Manek Urai menjadi bukti betapa cakna kerajaan Kelantan demi kepentingan umum.

Thursday 9 July 2009

Lima prinsip asas social

Lima prinsip asas social Samada seseorang rakyat itu sedar atau tidak, ilmu IR (International Relations) menyebut ada lima nilai asas sosial (basic social values) yang rakyat harap negara atau kerajaan menjaminnya untuk mereka. Perkara-perkara tersebut adalah : 1.security (keselamatan) 2. freedom (kebebasan) 3. order (peraturan) 4. justice (keadilan) 5. welfare (kebajikan). Sebagai muslim saya mungkin menambah penegakan Islam sebagai prinsip dalam mengawal asas-asas tersebut. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 55: (maksudnya) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan mengukuhkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan untuk mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Apabila asas-asas ini hilang, samada kesemua atau sebahagian daripadanya, maka kita akan melihat kegusaran rakyat dan tidak puashati yang akan kedengaran di sana-sini. Di saat itu, mana-mana sahaja gerakan yang cuba menyeru kembali kepada asas-asas ini samada dalam bahasa kampung atau bandar, maka rakyat akan menyokongnya. Rakyat awam itu mungkin tidak tahu secara akademik tentang asas-asas ini, tetapi perasaan dan naluri kerakyatan mereka itu sentiasa menuntut agar asas-asas ini dijamin untuk mereka. Lebih tinggi pengetahuan dan pendedahan ilmu yang dimilki oleh seseorang rakyat akan menjadikan mereka lebih sensitif tentang asas-asas ini. Mari kita lihat keperluan asas-asas ini bagi kehidupan rakyat dalam sebuah negara, sebelum melihatnya di sudut antarabangsa. Rakyat sesebuah negara inginkan keselamatan mereka terjamin dari ancaman samada luar ataupun dalam. Mereka perlukan keselamatan negara yang kukuh dan kerajaan yang teguh. Keselamatan harian juga mesti terkawal. Malaysia kini jenayah saban hari meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan terhadap nyawa dan harta benda mereka. Pembunuhan, penyeksaan, rompakan, kecurian dan berbagai lagi jenayah yang mengancam keselamatan rakyat. Kedai dan kediaman selalu menjadi sasaran rompakan dan kecurian. Ini menyebabkan rakyat merasakan kerajaan tidak teguh dan gagal berfungsi dengan baik. Apatahlagi jika kepercayaan rakyat terhadap pihak keselamatan juga tergugat. Kemudian, selain kemerdekaan negara, rakyat perlukan kebebasan dalam kehidupan. Hak-hak asas mereka dalam kepercayaan, pemilikan, pendidikan, pendapat dan seumpamanya hendaklah terjamin. Memang, kebebasan ada hadnya sesuai dengan norma dan prinsip yang dipegang oleh sesebuah negara, jika tidak rosaklah keadaan. Namun had tersebut hendaklah ditetapkan atas kepentingan negara, bukan individu politik yang berkuasa. Apabila kebebasan asas mereka dirampas, rakyat akan melihat kerajaan sebagai musuh, bukan sebagai pelindung. Demikian rakyat harapkan peraturan dan keadilan agar berfungsi secara baik dan saksama. Peraturan yang baik hendak teguh dan berfungsi serta berjalan untuk semua secara tidak berat sebelah. Layanan untuk setiap rakyat hendaklah adil. Jangan ada yang terlepas dari peraturan atau undang-undang yang ditetapkan disebabkan kedudukan dan politik. Tiada sultan atau raja atau penguasa politik yang boleh mengatasi undang-undang dan peraturan yang disepakati. Jangan ada yang naik pangkat atau mendapat sesuatu pemberian daripada kerajaan tanpa mengikut peraturan. Di sudut undang-undang, setiap pesalah hendaklah dihukum secara adil tanpa berat sebelah ataupun zalim. Apabila kecacatan ini berlaku, kepercayaan rakyat akan hilang dan mula menganggap kerajaan sebagai tidak amanah dan tidak adil. Seterusnya rakyat mengharapkan kerajaan menjamin kebajikan mereka. Kerajaan hendaklah berusaha meletakkan polisi yang baik memboleh rakyat hidup dengan selesa di sudut ekonomi dan keperluan asas kehidupan di zaman kini. Kerajaan mesti menyuburkan perkembangan ekonomi, memberikan peluang yang saksama, mengatasi kemiskinan, menjamin keperluan asas rakyat seperti pendidikan dan perubatan terutama bagi yang tidak berkemampuan. Begitu seterusnya.

Gamitan Kinabalu

Gunung Kinabalu terletak di banjaran Crocker, Taman Kinabalu, Sabah. Gunung ini mempunyai ketinggian 4093.4 meter dan ia adalah gunung tertinggi di Malaysia dan ketiga di Asia Tenggara. Secara keseluruhannya, permukaan gunung ini adalah berbatu-batu.Jangkaan dalam Ogos 2009 Ayahmuda akan menyertai XPDC mendaki gunung kinabalu, rasa teruja dan rindu jugak. Ayahmuda sendiri sudah bersedia untuk pergi ke gunung kinabalu. Hampir 4 bulan ayahmuda membuat persiapan dan latihan seperti berjogging dan jungle trekking di Bukit Bakar Machang, dan Gunung Tebu yang merentasi hutan selama lebih kurang satu jam bersama kawan-kawan disini. Ayahmuda betul-betul sudah bersedia untuk pergi. Persiapan terakhir ayahmuda nanti ialah membeli barang keperluan yang patut semasa mendaki gunung. Betul-betul excited sebab rindu untuk mendaki gunung Kinabalu.. Ayahmuda rindu dengan kabus putih yang cantik dan sinaran matahari yang terpancar tepat di puncak gunung kinabalu Kalaulah Maya Karin dan suaminya dapat mendaki gunung kinabalu, Ayahmuda yakin dapat juga mendaki gunung kinabalu..bersama kawan-kawan. Di Maklumkan masa taklimat Ekspedisi Kinabalu terbabit terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa satu dan dua. Pendakian fasa satu bermula dari kaki gunung, yang mengambil masa 6 – 7 jam untuk sampai ke Laban Rata. Pendakian fasa dua dari Laban Rata ke puncak Gunung Kinabalu mengambil masa kurang daripada empat jam, kalau tidak menghadapi halangan sukar di jangka sampai di puncak subuh untuk menikmati matahari naik menyinari puncak gunung kinabalu. Doakan semuga ayahmuda bersama kawan-kawan Berjaya dalam XPDC ini.

Beberapa Tip Mendaki:

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan membawa beban yang sesuai. Semasa packing, letakkan barangan yang ringan seperti pakaian di bahagian bawah beg dan barangan yang berat seperti bekalan makanan di bahagian atas. Kaedah penyusunan barang yang betul boleh membantu anda mengurangkan beban yang dibawa.
Seeloknya anda perlu memakai sarung tangan. Sebelum memaut pada kayu/ akar,pastikan iabetul-betul kuat. Anda mungkin terjatuh jika kayu tersebut rapuh. Apabila mendaki cuba lakukan kaedah ini. Apabila melangkah ke hadapan, berhenti dalam satu atau dua saat. Pada masa ini beban di tampung oleh kaki belakang. Kemudian pindahkan beban ke kaki hadapan. Langkah lagi dan rehat dan begitulah seterusnya. Dengan cara begini anda tidak akan tercungap-cungap apabila baru 10 langkah mendaki.

Sunday 5 July 2009















YAB TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penasihat Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan Merangkap Menteri Besar Kelantan