Monday 27 April 2009

Muktamar Pasir Puteh

Pas Kawasan Pasir Puteh akan bermuktamar pada 02 mei 2009(sabtu) menyaksikan ramai muka-muka baru tampil menawarkan diri untuk di pilih oleh perwakilan bagi menerajui Pas pasir puteh. Bagi jawatan YDP Dr Nik Mazian akan mempertahankan jawatannya dengan pencabar utama ADR Pasir Puteh dan ADUN Selising. Manakala bagi jawatan Timb. pula CG Din Adun Limbongan dicabar oleh 3 muka baru iaitu, Sdr Zarir,Hj Mohd Mat Taib dan Sdr Yuganu. Jawatan NYDP kosong setelah penyandang nya iaitu Ust Saiful Baharin menawar diri utk bertanding ke jawatan YDP. 3 muka baru menawarkan diri untuk di nobatkan sebagai NYDP iaitu Ustaz Adnan Othman(Mantan Ketua Pemuda Pasir Puteh), Sdr Wan Hassan YB Semerak dan Sdr Ibrahim Danan. Di lihat kepada suasana pra pemilihan di lihat masing-masing cuba memenangi hati perwakilan dengan cara dan strategi tersendiri. Bahkan ada yang merayu undi supaya di pilih samapai pukul 3 pagi. Ayah muda yakin para perwakilan sekarang adalah perwakilan minda terbuka yang ingin melihat suatu pemilihan berjalan dengan adil saksama dan telus. Menjadi pilihan kepada perwakilan mungkin individu yang mempunyai peribadi baik, akhlak mulia serta komited pada jemaah. Sesuai dengan pesanan YAB TG sebelum berangkat keMekah baru -baru ini katanya pilihlah calon sebagai pemimpin yang mempunyai kelayakan iaitu mempunyai latar belakang agama, komited, dan konsisten ngan jemaah. Ayah muda mengucapkan selamat bermuktamar semuga kuasa yang ada pada tangan tuan-tuan perwakilan digunakan dengan sebaiknya.

Saturday 25 April 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pasir Puteh

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Puteh yang bermesyuarat agong kali ke 10 pada hari ini (25 april 2009) telah dirasmikan oleh YB Ust Abd Latif bin Abd Rahman Adun Mengkebang yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.Dalam ucapannya beliau telah menyentuh peri penting mengenai mengemaskinikan daftar pemilih sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum nanti, apatah lagi ketika saat pimpinan Umno banyak yang terlibat dalam gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.Semua permasalahan ini katanya lagi akan menjadi sebab untuk cepat terkuburnya umno,lagi pun mana ada kerajaan atas dunia ini kekal untuk selamanya.Dalam mesyuarat DPPPP pemilihan bagi jawatan Pengerusi Tetap,Ketua,Timb Ketua tiada pertandingan, manakala bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Ketua Pemuda berlaku pertandingan. Timb Pengerusi tetap di menang oleh penyandang dahulu iaitu Ustaz Adnan bin Hj Othman (94 undi) dan Jawatan Naib Ketua di menangi oleh Sdr Zaizani Azhari dari dun Semerak dengan undi 92 undi mengalahkan Sdr Zamani bin Sari (68 undi) manakala ahli jawatankuasa kekal sedia ada. Sebanyak 34 usul diterima tanpa bahas dan 3 usul untuk di bahas. Dari kepimpinan pemuda pula satu usul telah dibuat iaitu usul mendesak pihak kerajaan negeri untuk mengadakan hari menutup aurat, dimana pada hari tersebut semua rakyat akan menutup aurat sebagai usaha untuk mendidik rakyat mematuhi penutupan aurat.