Sunday 26 September 2010

Ratapan seorang Ayah

Untuk kesekian kali abuya berhari raya bersendirian sudah kali ketiga…..perasaan rindu , terkilan,sesal,marah dan sedih saling berbaur…abuya sering dan sentiasa bermohon bedoa agar diketemukan dengan anak2 yang dirindui..terutama anas,fifi, kaseh kamila dan dik ya…semua anak2 abuya adalah permata di hati ini…hilang permata ini gelaplah hidup abuya….

Bukan abuya tidak pernah mencari,bukan abuya tidak mampu memberi nafkah tapi anak2 abuya dilari, disembunyi dan ditegah untuk betemu abuya dengan pelbagai alasan yang tidak menasabah…..abuya dicerca dihina dikata nista jika mencari dan bertemu dengan anak2 abuya sendiri….nafkah hendak dan dipertanggungjawabkan kepada abuya tp dimana hak abuya untuk bersama-sama anak2? Hak abuya untuk menjaga dan mencurah kasih kayang kepada anak2 abuya…abuya inginkan hak abuya terhadap anak2 abuya..bersama,menjaga dan memberi kasih sayang pada anak2…bukan sekadar memberi nafkah…bagaimana hendak memberi nafkah jika tempat tinggal pon tidak diketahui,nak bertemu pon disekat dan dihalang bahkan dikatakan nista…?

Ya Allah hebat ujian yang menimpa diri ini….setelah kes menimpa abuya ogos 2009 ….sudah hilang semangat,keyakinan untuk hidup….hidup bagaikan mayat hidup…tidak bermaya tidak berjiwa…namun takdir Allah telah mengutuskan Dr Hazimah..biarpon lebih tua dan dewasa dari abuya..namun dengan kasih sygnyer,usahanya mengubati dan merawat abuya..hampir 70% kesihatan kembali pulih..abuya cuba melupakan peristiwa yg berlaku….namun takdir masih lagi ingin menguji abuya…isteri abuya pula di timpa sakit akibat darah tinggi…mengakibatkan stroke sebelah badan sebula genap isteri abuya tidak mampu berjalan selama itulah abuya menjaga dan merawat …menguruskan segala keperluan..sehingga lah genap sebulan isteri abuya dapat berjalan biarpon perlahan2 dan masih tidak begitu gagah..abuya begitu bersyukur dan pasrah pada Ilahi dengan kurniaan kesihatan dan dapat menguruskan dirinya sendiri..rawatan diteruskan dengan tanam di pasir pantai,rendam kolam air panas disampingan ubat-ubatan moden dan herba..serta urut dan sebagainya sehinggalah sekarang…betapa byk pengorbanan masa dan doa untuk melihat isteri abuya sihat…hanya pada Allah abuya berserah semuga abuya sabar dan tabah menghadapi semua dugaan ini….

Namun ingatan terhadap anak abuya sehingga kini tidak pernah padam..abuya hanya mampu menangis akan apa yang berlaku…semuga Allah mengampunkan segala kesalahan dan kesilapan abuya hanya Allah mengerti dan mengetahui kenapa ini terjadi pada abuya..ingin menguji abuya kah..atau ingin ……..

Namun anak2 abuya dihati abuya…tidak pernah walaupon seminit jua……teringin dihati ini untuk bertemu anak2 dan menjelaskan segala-galanyer….semua segala kekusutan dan ketidak fahaman perkara berlaku dapat penjelasan sewajarnyer…

Abuya akan terus menulis dengan harapan tulisan ini akan tiba pada anak2 abuya….

14 sept 2010(rabu)