Tuesday, 17 March 2009

Kelantan Terus Menggamit Pelancong

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini telah menerima rombongan seramai 50 orang dari Kelab Penyokong Pas (kaum India)Dun Sijangkang pada 15 Mac 2009(Ahad).
Rombongan tersebut telah dibawa melawat Kompleks Pentadbiran Kota Darul Naim serta melawat Dewan Undangan Negeri Kelantan. Kebanyakan rombongan terdiri dari kaum india merasa teruja kagum dengan pembangunan di Kelantan. Pelawat telah melihat dan mendengar sendiri berkenaan pembangunan negeri Kelantan oleh Pegawai UPKN (Ustaz Adnan Othman). Kemudian pelawat di bawa melawat ke kediaman rasmi MB Kelantan (JKR 10). Di Sambut dan mendengar sendiri taklimat yang di sampaikan oleh YB Wan Yusof bin Wan Mustafa(Adun Gual Ipoh) , Melawat Rumah Tuan Guru di Pulau Melaka.program lawatan berakhir dengan Jamuan Makan Tengahari di dewan Astaka JKR10. (Gambar2 Lawatan Kelab Penyokong PAS Dun Sijangkang)






































Bergambar Kenangan di Puncak Gunong Stong




Gua Bogor Tempat Bermalam
Gambar Mendaki Gunong Stong, Hutan Jelawang Jeli

Wednesday, 4 March 2009

Ekpedisi Gunong Stong, Hutan Jelawang



(Gunung Stong Menggamit Kenangan)




Berhimpun sebelum mulakan XPDC pendakian



Ayahmuda(BajuMerah) melalui denai pendakian



Di Kemuncak Gunong Stong pada ketinggian 4664 ka

Bertemu kembali...

Ayahmuda berkesempatan bersama-sama dgn 35 orang kakitangan kompleks pentadbiran Kota Darulnaim telah berjaya menawan puncak gunung stong pada ketinggiannya 1399 m (4664 ka) tepat jam 10.45 pagi pada 21 feb 2009 baru-baru ini. Ekpedisi ini yang di anjurkan oleh Badan Sukan dan Kebajikan Kakitangan Kompleks Kota Darulnaim(BASUKA).Pengerusi BASUKA En Mohd Imran bin Mansor berkata program ini di anjurkan adalah sebagai ujian saringan untuk menguji tahap kecergasan bagi peserta-peserta terpilih untuk menyertai program pendakian gunong Kinabalu yang dijangka pada bulan ogos nanti, disamping itu program ini untuk menjalinkan ukhwah semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan para peserta. Ekpedisi ini bermula pada petang 20 feb(Jumaat) selepas semua peserta bersolat Jumaat di masjid Jelawang. Tepat jam 3 petang para peserta diberikan taklimat ringkas oleh juru pandu yang menekan aspek keselamatan dan menjaga kebersihan sepanjang pendakian.Perjalanan ekpedisi menawan gunong Stong dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ayahmuda sendiri, Setelah melalui beberapa halangan dan kesukaran mendaki, diiringi dengan hujan yang turun renyai2, ada dari kalangan peserta seolah-olah telah patah semangat tapi dengan dorongan dan kata2 semangat oleh rakan-rakan peserta , maka para peserta tiba di tempat bermalam iaitu gua bogor jam 0730 malam. Setelah membersihkan diri di sungai yang airnya begitu sejuk dan jernih, para peserta menunaikan solat magrib berjemaah dan juga solat hajat memohon untuk hidayah dan keselamatan sepanjang program. Sambil menunggu makan malam siap disediakan ada yang bertukar-tukar pengalaman dan pandangan ,ada yang melumurkan minyak angin sambil mengurut kerana ketegangan urat. Selesai makan malam semua peserta tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan. Setelah solat subuh berjemaah,Ayahmuda menyampaikan kuliah subuh, selesai sarapan pagi dan doa selamat dibacakan mohon keselamatan semuga pendakian ini berjaya dilaksanakan.Perjalanan mendaki diteruskan, pendakian semakin sukar dengan ketinggian yang mendongak melalui celah-celah banir akar yang besar.hampir 2 jam perjalanan para paserta tiba di kemuncak gunong stong dengan selamatnya.Takbir dilaungkan sebanyak 3 kali tanda kesyukuran atas kejayaan menawan gunong Stong. Sepanjang pendakian naik dan perjalanan turun tiada masalah atau kecederaan yang dialami peserta mungkin kerana para peserta begitu berhati-hati dengan aspek keselamatan.Perjalanan turun bermula pada jam 1140 pagi dari puncak dan berhenti rehat untuk makan tengahari di gua bogor. Sesudah selesai semua peserta bertolak turun, perjalanan turun makin sukar kerana menuruni curam-curam dan tebing-tebing bukit yang begitu tinggi tanpa menghiraukan kepenatan dan keletihan, dengan semangat dan keyakinan serta keberanian semua halangan itu di lalui dengan tabah. Hujan turun dengan renyai-renyai dan jalan semakin licin. Peserta sampai di Kem Baha, Hutan Jelawang untuk berehat, solat dan mandi. Hampir satu jam berehat perjalanan turun diteruskan.Perjalanan turun tidak sama dengan mendaki,tanpa kesabaran dan keberanian mungkin semua ini agak mustahil untuk di lalui. Semua peserta selamat tiba di kaki gunong Stong jam 7 malam.Para peserta begitu gembira dan bangga kerana kejayaan menawan puncak gunong Stong telah menjadi kenyataan , bahkan berhasrat untuk mendaki lagi di suatu masa kelak. Seribu kenangan dan pengalaman dalam 2 hari di gunong Stong tidak dapat di lupakan oleh para peserta. Melalui hutan jelawang dan menikmati kesejukan air terjun Jelawang terasa keagungan Allah dan kebesaranNya.Gamitan dan lambaian gunong Kinabalu terbayang dimata dengan harapan semuga semua cabaran dapat di lalui dengan tabah. Pada 04 mac dalam sesi taklimat dan pengumuman kelayakan program mendaki gunung Kinabalu, Ayahmuda tersenarai juga rupanya...rasa gembira dan terharu tapi dalam ms yang sama ayahmuda tepaksa meneruskan lagi sesi latihan demi sebuah cabaran....gunung Kinabalu doakan semuga ayamuda berjaya..

Wednesday, 11 February 2009

Lagi gambar mengenai product jahitan





Hasil Jahitan

Diantara hasil jahitan yang di hasilkan dari bengkel kepunyaan Isteri Ayahmuda,


Set Kelengkapan Baby (RM 280.00)

Kotak Tisu,Saji Hiasan(Kecil /Besar) Harga mengikut size/keperluan pelanggan




Cadar Ekslusif( 1 Kain Cadar,4 Bantal Leper, 1 Bantal peluk)
Kalau sesiapa yang berminat dan ingin menempah barangan sepertimana yang di paparkan,
sila hubungi ayahmuda (019-9860415 @ emailkan sahaja.) Terima kasih


Monday, 2 February 2009

Kunjungan Makhal Sakhti Ke Kelantan













Pada 25 Jan 2009 baru-baru ini Kelab Penyokong PAS Parlimen Kota Raja yang di ketuai oeh En Azmi selaku Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah (AP Kota Raja) bersama En S. Laksamanan (Ahli Maj. DAerah KUala Selangor)telah membuat lawatan ke Negeri Kelantan. Rombongan di raikan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan di Kediaman Rasmi MB Kelantan(JKR 10). Dalam sesi taklimat dan pertemuan ini banyak perkara yang dapat mereka lihat dan dapat mendengar sendiri penerangan yang di sampaikan oleh YB Dr Mohd FAdli selaku Pengerusi Penerangan, Pem.Maklumat,Sains & Teknologi Negeri Kelantan,terutama dari sudut pentadbiran Kerajaan Negeri yang lebih berorientasikan kebajikan. Rata-rata ahli lawatan rasa gembira dan berpuashati dengan penerangan yang di kendalikan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan apatah lagi rombongan berkesempatan bertemu mata dengan Menteri Besar Kelantan, sempat bergambar pula bersama Tok Guru yang dikasihi. Bersama2 ini ayahmuda titipkan gambar hari lawatan tersebut...Ayahmuda juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rombongan kerana memberi kerjasama dengan baik dan tumpuan sepanjang majlis penerangan berlangsung....

Wednesday, 21 January 2009

Bulan Mengambang di Kuala Terengganu

Tahniah Kemenangan PAS di K.Terengganu



Takbir..! Pertama sekali ayahmuda ingin merakamkan tahniah atas kemenangan PAS P.Raya Kecil Parlimen K.Terengganu. Kemenangan ini hasil usaha ikhtiar dan doa kita untuk melihat Islam di mertabatkan. Sepanjang Ayahmuda di K.Terengganu ada beberapa perkara yang ingin di kongsikan bersama yang kadangkala terlepas pandang:




1.Para penyokong yang berkorban masa,wang ringgit demi kemenangan Islam tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan cuma ingin melihat PAS di mercu kejayaan sebagai hasil pengorbanan itu.


2.Keikhlasan yang begitu ketara, rela berdepan dan bertegang urat dengan pihak keselamatan demi mempastikan pengundi tidak di monopoli oleh UMNO.



3. Sanggup berpanas,mengekang mata merayu undi untuk PAS walaupun tinggal keseorangan.


Semuga dengan tatapan ini akan menginsafkan bahawa bukan senang untuk meraih kemenangan. Dan sama2 kita mempertahankan kemenangan ini. Justeru itu pimpinan2 parti sekali-sekala pandang2lah kebawah dan ingatlah pengorbanan ahli-ahli,penyokong dan pendokong PAS. Sesuai dengan pesanan YAB Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS. Tahniah sekali lagi....

Tuesday, 20 January 2009

Sekitar PRK KTerengganu (P036)

Ayahmuda bersama Dato'Anuar Tan(Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
Muslimat giat merayu undi demi kemenangan PAS













Wednesday, 14 January 2009

Kenali Kelantan




Antara aktiviti2 lawatan dan tempat-tempat Menarik di Kelantan.

Kegiatan Membeli Belah

- Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu
- KB Mall
- Pasar Lama MPKB
- Bazar Buluh Kubu
- TESCO
- Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
- Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
- Pasar Malam Wakaf Che Yeh
- Pasar Tok Bali, Pasir Puteh
- Pasar Jelawat, Bachok
- Pasar Wakaf Aik Bachok

Menyelusuri Sejarah dan Mengenali Kraftangan

- Muzium Negeri
- Muzium Perang
- Kampung Kraftangan
- Istana Jahar
- Istana Balai Besar
- Padang Bank
- Bank Pitis
- Pintu Gerbang Rehal (Mercu Tanda Pelancongan Kota Bharu)

Menikmati Saujana Pemandangan di Pantai dan Air Terjun

- Pantai Cahaya Bulan,Kota Bharu
- Pantai Irama, Bachok
- Pantai Seri Tujuh,Tumpat
- Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh
- Pantai Tok Bali, Pasir Puteh
- Jeram Pasu, Pasir Puteh
- Jeram Linang, Pasir Puteh
- Air Terjun Jelawang di Lata Beringin (Setinggi 7 Tingkat, tertinggi di Asia Tenggara)

Menghayati Koridor Pembangunan Islam/Kebajikan

- Sekolah Atas Tembok : Kuliah Umum MB Kelantan setiap minggu(Jumaat) di dataran ilmu Jalan Dato Pati KB
- Kempen Penutupan Aurat
- Skim Takaful Kifalah/Armalah
- Madrasah Diniah Bakriah, Pasir Tumboh
- Madrasah Al-Fununiah Al Tunjuniah
- Madrasah Al-Diniah Al Falahiah
- Madrasah Rahmaniah (Pondok Lubuk Tapah)
- Madrasah Muhammadiah (Pondok Sungai Durian)
- Banyak lagi

Menjamu Selera dengan Makanan Tradisional

- Nasi Kerabu
- Nasi Dagang
- Nasi Berlauk
- Nasi Tumpang
- Nasi Ulam(Restoran Cikgu) – Pusat Kraf Tangan
- Laksa
- Laksam
- Solok Lada
- Sambal Daging
- Gulai Darat
- Budu
- Ayam Percik
- Jala mas
- Lompat Tikam
- Tepung Pelita
- Keropok Lekor
- Onde-onde
- Ketupat Sotong
- Dodol
- Serabe
- Buah Gomok
- Sare
- Kerabu Pauh
- Sira Pisang
- Putumayam
- Sarang Tebuan
- Pulut Manis
- Pulut Bakar
- Pulut Panggang
- Taik Itik
- Buah Tanjung
- Puteri Mandi
- Akok

Mengunjungi Kilang Industri Kecil Sederhana

- Serunding / Sambal Daging Di Kg Laut
- Keropok di KM 13 Pantai Cahaya bulan
- Budu
- Batek di Nordin Batek Kg Sireh
- Perak di Kg Morak