Tuesday 13 January 2009







Demi Sebuah Perjuangan di PRK KT (P036)

Sepanjang 3 hari aku berada di Kuala Terengganu bersama Petugas Parti Pas Kaw Pasir Puteh agi membantu menjalankan gerak kerja untuk memenangkan calon PAS Abdul Wahid Endut. Petang 5 Jan aku tiba di KT program pertama ku hadiri ialah Program bersama masyarakat Tionghua di Kg Tiong Dun Bandar.Sokongan kaumTionghua cukup hebat lebih kurang 300 orang yang hadir pada hari itu.Pada hari penamaan calon aku bersama isteri bertolak dari rumah tumpangan di Bukit payung seawal jam 7 pagi. Jalan begitu sibuk rupanya kereta berjalan bagaikan semut. Aku terlihat khemah besar yang menjadi penempatan sementara polis sepanjang Pilihanraya Kecil ini.Begitu ramai polis rupanya. . hampir segenap tempat terdiri pondok polis. Apa yang dirisaukan pasal keselamatan PR kecil ini entahlah.Macam bandar metro polis Kuala Terengganu ini. Sampai je jalan pusara tempat bermulanya perarakan calon. Penyokong-penyokong PAS begitu ramai nampak semangat perjuangan untuk menobatkan calon PAS di KT ini. Aku terus melangkah menyertai gerombolan perarakan, kelihatan sama Dato Takiyuddin EXCO kerajaan Kelantan bersama Nik Abduh ramai juga kenalan yang bersama-sama dalam perarakan ini ada da ri Melaka, Pahang, Kedah dan Selangor.Aku berkesempatan berkenalan dengan seorang ahli kelab Penyokong PAS dari Jasin Melaka, K Krishnan namanya seorang pengusaha Kelab Bina Badan bekas Pegawai Kerajaan.Katanya pengaruh PAS di Melaka kian berkembangan begitu yakin kelihatannya PAS akan menawan Kota Melaka. Rata-rata ahli perarakan ini datang dengan tangggungan sendiri.Bahkan ada yang membawa barang jualan untuk menampung kos sepanjang di Terengganu. Ikhlas demi sebuah perjuangan. Di wajah mereka tergambar PAS akan mencapai kemenangan. InsyaallahMelihat sambutan dari ahli PAS dan penyokong aku ingin meletakkan kemenangan pada pihak kita, tetapi usaha dan keyakinan dari petugas untuk meraih undi pengundi perlu untuk menang. Keselarasan kerja dari Ahli PAS tempatan dengan kami (dari luar Terengganu) adalah penting untuk perolehi kemenangan.

Dalam masa perarakan aku mendapat panggilan dari SU Pemuda Terengganu bagi menguruskan lawatan Pengundi Muda ke Kelantan. Aku terus hubungi YB Dato’ Omar dan YB Zaki Ketua Pemuda PAS Kelantan untuk mengambil date dengan mereka. Alhamdulillah dapat. Di sini inginku melafazkan kata pujian buat Petugas PAS Kelantan yang bersemangat untuk melihat kemenangan Islam, mereka apabila diminta ke tempat bertugas untuk menjaga keselamatan markas, gotong-royong memersihkan tempat ceramah semua di lakukan dengan cepat, bersedia tepat pada masa.Dalam beberapa hari bersama merealisasikan tugas arahan Pimpinan di Kuala Terengganu banyak ilmu yang kukutip, pengalaman yang tidak akan dapat dibeli dengan wang. Semuanya ini mematangkan lagi dalam perjuangan ini.
Aku balik seketika untuk menjenguk kerja-kerja di pejabat, terutama lawatan pertama tahun 2009 dan aku akan kembali menolong kerja-kerja pilihanraya yang tidak tidak beberapa hari lagi. Perang poster masih tidak terlalu hebat. Akutidak tahu apa strategi yang digunakan tetapi perang saraf dimainkan oleh pihak kerajaan. Macam biasa TV3 dah jadi TV Umno.. Kepada sahabat2 teruskan perjuangan semuga Bulan kembali mengambang di Kuala Terengganu..Insyaallah

No comments:

Post a Comment