Saturday 25 April 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pasir Puteh

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Puteh yang bermesyuarat agong kali ke 10 pada hari ini (25 april 2009) telah dirasmikan oleh YB Ust Abd Latif bin Abd Rahman Adun Mengkebang yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan.Dalam ucapannya beliau telah menyentuh peri penting mengenai mengemaskinikan daftar pemilih sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum nanti, apatah lagi ketika saat pimpinan Umno banyak yang terlibat dalam gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.Semua permasalahan ini katanya lagi akan menjadi sebab untuk cepat terkuburnya umno,lagi pun mana ada kerajaan atas dunia ini kekal untuk selamanya.Dalam mesyuarat DPPPP pemilihan bagi jawatan Pengerusi Tetap,Ketua,Timb Ketua tiada pertandingan, manakala bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Ketua Pemuda berlaku pertandingan. Timb Pengerusi tetap di menang oleh penyandang dahulu iaitu Ustaz Adnan bin Hj Othman (94 undi) dan Jawatan Naib Ketua di menangi oleh Sdr Zaizani Azhari dari dun Semerak dengan undi 92 undi mengalahkan Sdr Zamani bin Sari (68 undi) manakala ahli jawatankuasa kekal sedia ada. Sebanyak 34 usul diterima tanpa bahas dan 3 usul untuk di bahas. Dari kepimpinan pemuda pula satu usul telah dibuat iaitu usul mendesak pihak kerajaan negeri untuk mengadakan hari menutup aurat, dimana pada hari tersebut semua rakyat akan menutup aurat sebagai usaha untuk mendidik rakyat mematuhi penutupan aurat.

No comments:

Post a Comment