Tuesday 5 May 2009

Ulama penerajui kepimpinan

Melihat kepada kenyataaan TGNA yang tetap mahukan supaya ulama terus menjadi peneraju utama dalam Parti Pas menggambarkan ketegasan dan keyakinan TGNA terhadap institusi ulama. Ketika ini,saat ini muncul kembali gagasan siapa yang layak menjadi pemimpin apakah ulama atau profesional.Spatutnya kita menyedari sedari dulu lagi yang layak menjadi pemimpin adalah dari kalangan ulama..iaitu yang mendapat pendidikan agama secara formal bukan sekadar "mee celup" pinjam istilah Nik Abduh.Kenapakah profesional itu di tafsir dengan tafsiran begitu sempit? apakah profesional itu dari kalangan Dr, Engineer, Lawyer dan lain-lain lagi.. sahaja? sedangkan ulama adalah profesional dan profesional bukan semestinya ulama..sebaba ulama berkait rapat dengan ketakwaan bukan pada sijil yang berjela-jela..kan? dan kepimpinan merupakan amanah yang di pertanggungjawabkan oleh Allah taala merupakan perkara utama yang disoal oleh Allah taala di hari akhirat nanti. Namun ayahmuda melihat ramai yang bergeletek, berkeinginan untuk menjadi pemimpin satu-satu organisasi...beranggapan diri yang lebih layak dan mempunyai pelbagai kelebihan atau pun berdasarkan kepada pengikut yang ramai.Kepimpinan bukan diiktiraf melalui ramainya penyokong, tingginya ilmu tapi berdasarkan kepada sejauh mana ketakwaan kepada Allah Taala.Pemimpin seperti ini akan di cari dan di pilih walaupun berada di hujung dunia sekali pun seperti contoh panglima Talut yang berasal dari pinggiran kampung.Pemimpin yang baik bukan sekadar bercakar berdegar-degar tapi ntah apa2, pemimpin yang baik bukan sekadar pandai berdiskusi,berwacana dan duduk atas pentas semata-mata. Tetapi pemimpin yang baik adalah yang sentiasa berfikir kemana hala tuju masayarakat dan apakah mendapat keredhaan Allah taala atau pun tidak.Ayahmuda berpandangan dan merasakan tidak semua pemimpin yang berfikiran begitu.tetapi merasakan kepimpinan adalah suatu lubok atau peluang untuk menimba kekayaan, menjadi angkuh dengan kuasa yang sedikit.Andai ada berfikiran begini ingatlah Allah maha mengetahui niat dan hasrat.. bersediakah kita menemui Allah dalam keadaan kita bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasulullan SAW?Dalam suasana masyarakat hari ini yang begitu meragui Ulama dan golongan agama..adakah mereka merasai mereka yang lebih layak menghuni dunia ini dalam keadaan membenci ulama?Sedangkan kita sama-sama tahu keamanan, kesejahteraan,kedamaian adalah kurniaan Allah taala dan siapakah menjadi perantaraan yang mewujudkan semua ini? kalau tidak ulama? Begitu jugalah sekiranya berlaku kemusnahan, kerosakan dan kefasadan dimuka bumi ini siapakah yang menjadi penyebab kemurkaan Allah? kalau tidak pelaku maksiat?antaranya ialah meragui kewibawaan dan hilang keyakinan terhadap ulama..? fikir2 kanlah..

No comments:

Post a Comment