Friday 8 May 2009

Tazkirah maghrib

Selepas solat maghrib berjemaah dengan isteri tercinta , ayahmuda membaca petikan al-Quranul Karim dari surah As-Syura ayat 20 yang bermaksud:
" Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat, Kami akan tambah keuntungan baginya, barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia.Kami akan berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tiada bagi mereka suatu bahagian pun di akhirat".
Apa yang menyedihkan Ayahmuda, biarpun begitu jelas sekali Allah menyatakan dalam alQuran tentang keuntungan akhirat berbanding dengan dunia.Namun manusia hari ini tetap juga memburu dunia,tanpa menghirau dosa pahala..mengumpat, menanam sifat permusuhan sesama insan bagaikan begitu manis dan seronok sekali, mendedah aurat tidak terasa berdosa bahkan bangga sekali. Apa yang penting mendapat segala keseronokan dan kegembiraan dunia..sudah hilang kehormatan isteri kepada suami semata-mata kerana dia berpendapatan lebih tinggi dari suami, sudah hilang sifat kemesraan antara jiran kerana jiran itu tidak mempunyai harta dan kemewahan. hari ini manusia menjadi harta,pangkat dan kemewahan sebagai kayu pengukur persahabatan dan hubungan kemanusiaan.. sanggupkah kita menukar kebahgiaan dunia yang sedikit dan sementara dengan kebahgiaan akhirat yang kekal abadi..?Ada segelintir manusia menjadikan hujjah agama hanya dimulut untuk menarik perhatian manusia dan untuk mendapat gelaran pangkat didunia..supaya dia dikatakan terbaik dan mulia..hakikatnya ini manusia umpama musang berbulu ayam..menceroboh kemuliaan agama demi mengejar keuntungan dunia yang sedikit..

No comments:

Post a Comment