Wednesday 16 September 2009

surat untuk ani..

Tanggal 3 ogos 2009(Isnin)

Ani pergi meninggalkan abang semasa abang berada di kota kinabalu, sedikitpun abang tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan ani terhadap abang.Ani sanggup meninggalkan abang terkapai-kapai keseorangan di dunia ini.Sedangkan ani tahu abang tiada sesiapa selain dari ani dan anak2 kenapa ani tega?Abang tidak pernah meninggalkan ani walaupun abang marah,geram namun untuk meninggalkan ani tidak terlintas sama sekali dalam fikiran abang.tapi ani?Sehingga kini abang hanya mampu menangis dan merayu agar kau pulang. Abang merindui kau ani. Kenapa ini yang kau lakukan? Kenapa abang kau jadikan mangsa dendam kau? Kenapa anak-anak kau pisahkan dari abang. Ani tahu kan anak-anak cukup rapat dengan abang..sesungguhnya abang tidak mengerti kenapa ini terjadi…Dimanakah kau ani? Pernah ke abang menghalang apa yang ingin kau lakukan?tidak kan bahkan abang memberi sokongan dan dorongan untuk ani berjaya..pernahkah abang mengambil duit ani? tidak kan? pernahkah abang menghalang ani bertemu saudara mara ani? tidak kan? Bahkan abang sendiri menghantar ani kerumah khenduri adik ani di Terengganu..abang rela berulang dari KB - KT untuk mengambil kau..tapi kenapa abang bagaikan tiada kebaikan langsung untuk ani.. Kenapa ikatan kita di dengki dan di benci? Kenapa hasutan syaitan yang ani ikutkan..hancur sudah hidup ini dengan sikap mu ani…abang sungguh kecewa..abang sungguh sedih..kenapa ini kau lakukan..abang harap kau pulang ..jgn teruskan sikap ini bersembunyi kelak memakan diri..Ya Allah Kau pertemukan aku dengan ani ,sesungguhnya abg amat menyayangi mu ani…abg sediakan maafkan segalanya..

Dulu masa kita nak kawin ani sedia bersama abang selamanya, JANJI ani..nak mengaji Quran sampai selesai.. ani beriya-iya ajak kawin..tapi sekarang kenapa begitu membenci diri ini? apa kejahatan yang abang telah lakukan? Abang di tuduh menghabiskan duit ani…berapa juta abang habiskan duit ani? Berapa ekar tanah ani abang dah jualkan? Semua bercakap atas dasar benci, dengki..bukan fakta…kereta tu ani tahukan duit abang banyak ada kat situ,mesin jahit itu adalah usaha abang..ani nak wat lari gitu je? Kalu ani berani dan yakin ani benar kita bincang dan selesaikan cara baik..bukan sembunyi begini..Siapa yang jahat sebenarnya..apa yang ani hendak dalam dunia ni..? ani rasa saudara mara ani akan jaga ani sampai mati?..Ani kata abang hipokrit? Apa yang abang buat untuk ani? Ani bukan hipokrit? Ani berpura-pura baik bila abang takda ani lari..sembunyi kalu ani benar kenapa takut..kenapa biarkan keluarga masuk campur… Ani melarikan diri dengan smua harta termasuk kereta..ani lupa abang perlu kereta untuk kerja dan lain-.lain tergamak ani tinggalkan abang terkapai2 hy Allah akan menentukan segalanya ani..Kebenaran akan terserlah jua...ani ingat keluarga ani akan jaga ani…mereka semua mengerit duit ani..ani harap kepada anak2..mereka akan ada tanggungjawab sendiri..abang yakin sangat-sangat ani akan balik kembali kepada abang..ani akan menyesal dengan tindakan ani ini…percayalah.hy pada Allah abang berserah.. KENAPA KAU PERLAKUKAN DIRI INI BEGINI ANI..?

29 Ogos 2009

Abang menerima sms ugutan demi ugutan yang melarang mencari kau ani,tapi kenapa..? kenapa di larang kenapa tidak mahu bersemuka? Kerana tidak ada bukti kejahatan abang. Cuma bersandar kepada ayat benci dan dengki..kenapa ani tidak mengerti? Abg tahu kau sekarang ini serba salah diatas kesilapan langkah yang kau ambil itu. Kau jua tertekan.Abang berada di Kuantan..sebak bila abang melalui kawasan kampong sg ikan, tepoh terbayang kenangan kita bersama di situ.Terlalu banyak kenangan kita di semua tempat kita pergi abang hy mampu menangis dan berdoa..Abang singgah di pusara ma, menghadiahkan fatihah dan berdoa semuga ma jua dapat membantu kau ani..ani kau tersepit sebenarnya..kau mesti pulang ..abang tidak tahu kau dimana..kalau tidak abang pergi ambik kau ani..brsama anak2 abang rindu anak2 kita. Abang tidak peduli pasal yang kereta,harta yang kau bawa ani,yang penting kau dan anak2 pulang.

30 ogos 2009

Abang pergi ke kg dalam kemunting jumpa paksu ghani minta nasihat..pak su bagitahu bykkan solat hjt ..solat 5 waktu jgn tinggal..jgn fikir byk..nanti sakit.. abang gi jumpa hj hamzah di padang kala, dan hj hamzah bagi air penawar supaya tenang hati dan doakan semuga ani kembali, dia bgth ani akan pulang..yakinlah..abang tenang bila dengar nasihat hj hamzah abang amat meyakini kau pulang dan abang buat persediaan untuk bawa ani pergi kemana sahaja..abang Cuma tunggu kau pulang ..pulanglah sayang..hari ini dah 9 hari puasa..abang makan tidak menentu dan merata..makan tidak lalu dan tidak seronok..HILANG KEGEMBIRAAN,HILANG KEBAHGIAAN amat berat ujian Mu Ya Allah..hapuskanlah penderitaan ini ya Allah..

31 ogos 2009

Tiada kegembiraan untuk abang menyambut kemerdekaan…raya dah dekat..abang sudah mati sebelum kematian dan jasad tidak bermaya…Abg rela mati dari hidup menderita begini betapa sakitnya betapa dalamnya luka ini Abang bagaikan dah putus asa dan kecewa untuk meneruskan hidup ini.

01 sept 2009

Sampai sekarang abang tidak faham kenapa kau berdiam diri ani,apa salah abang pada kau? Knpa bemci sgt? Semasa sayang segalanya baik dan manis belaka tapi kenapa bila benci tindakan macam ni yang kau ambil ani? Kenapa tidak bersemuka..abang pelik dan hairan dengan sikap kau ani? Apa yang Ani kejarkan sebenarnya? Abang rindukan anak-anak abang ani..pulanglah isteri ku..pulanglah

No comments:

Post a Comment