Friday 12 June 2009

Gagasan

Perpaduan atau kerjasama

Pasti setiap pendokong dan penyokong perjuangan Islam pastinya berasa kurang enak dengan pertelingkahan pendapat dan pelbagai pandangan dari beberapa pihak taraf pimpinan mengenai kerajaan perpaduan yang di lontarkan oleh TG Hj Hadi (TGHH)Presiden Pas. YB Presiden tentu telah membuat kajian mendalam dan menilai permasaalahan yang berlaku dalam Negara kita.Sehinggalah TGHH mencadangkan gagasan kerajaan perpaduan sebagai jalan penyelesaian. Sudah tentu kita sebagai penyokong dan pendokong mesti bersangka baik dengan niat dan hasrat TGHH. Kita mesti meletak wala’ yang tinggi terhadap pimpinan kita.

Mursyidul Am Pas, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA)membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, TGHH untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

Suara sumbang dari dalam Pas yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas,” tegasnya.Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.Pas tidak akan sekali-kali mengkhianati rakan parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) sebaliknya terus berusaha memperkukuhkan gabungan itu sebagai alternatif kepada rakyat, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib Presiden Pas itu berkata, idea penubuhan kerajaan perpaduan dianggap bukan bertujuan merugikan parti dan sekutu dalam PR apatah lagi untuk mengundang kontroversi.
“Dalam keadaan ini, ahli mesti menerima idea dan gagasan ini tanpa syak wasangka sehinggalah Presiden memberi penjelasan lanjut mengenainya.
”Idea ini dilontar di peringkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya,” kata Pesuruhjaya Pas pahang itu menerusi blognya semalam.
Idea kerajaan perpaduan yang disuarakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas ke-55 minggu lepas telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pimpinan PR dan menuntut kepimpinan Pas memberi penjelasan lanjut berhubung cadangan tersebut.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.
“Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana ia hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

No comments:

Post a Comment