Saturday 13 June 2009

Sokongan Bukan Islam Terus Meningkat

Kunjungan Kelab Penyokong PAS ke Kelantan

Dasar Membangun Islam yang di amalkan oleh kerajaan Kelantan yang menjadi kan perpaduan antara kaum antara asas yang utama telah di terima oleh masyarakat Cina dan India. Sejak pemerintahan Pas dari 1990 sehingga sekarang tidak putus-putus rombongan muhibbah dari kelab penyokong pas mengunjungi Kelantan. Baru-baru ini kelab penyokong pas parit buntar telah mengadakan lawatan ke negeri Kelantan selama 2 hari yang terdiri dari masyarakat tionghua.Pada Hari yang sama juga Perakan Malaysia Johor juga membuat lawatan ke Kelantan. Kesemua rombongan telah diraikan dalam majlis yang sama oleh YB Dr Mohd Fadli selaku Pengerusi JK Penerangan, Pem.Maklumat Sains dan Teknologi negeri Kelantan.Kebanyakan mereka berasa kagum dengan kepimpinan YAB Tuan Guru yang begitu mengutamakan kebajikan tanpa mengira kaum. Sebelum itu mereka di bawa melawat Kompleks Pentadbiran Kota Darul Naim selama satu jam .Rata-rata mereka dari kalangan masyarakat cina berasa seronok dan teruja melihat kompleks pentadbiran dengan konsep yang begitu menarik dan sederhana.Mereka juga di bawa melawat kedalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, begitu terharu dan gembira sekali bahkan ada di antara mereka memberitahu inilah kali pertama mereka di beri penghormatan sebegitu tinggi oleh pihak kerajaan negeri Kelantan. En Hamdan Fadel selaku pegawai Pengiring rombongan ini, memberitahu kebanyakan masyarakat tionghua yang menyertai rombongan ini,mereka tidak pernah terdedah dengan konsep pentadbiran Islam sepertimana di Kelantan, rombongan ini juga berkesempatan beramah mesra dengan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, di rumahnya di Pulau Melaka. Pemimpin sebagai mesra rakyat dan rendah diri. Inilah antara sebab utama kenapa kelab penyokong pas menjadikan Kelantan sebagai destinasi utama dalam lawatan pada kali ini. Disamping itu mereka melihat sendiri bagaimana kaum tionghua di Kelantan menjalankan perniagaan dan urusan lain dengan begitu selesa dan tanpa kekok walaupun berada di kalangan masyarakat melayu Justeru itu kebanyakan dari mereka merasakan, pemerintahan seperti inilah yang di nanti-nanti selama ini yang mampu memberi keadilan,kebajikan dan kesejahteraan kepada semua kaum. Yb Dr Mohd Fadhli berkata “ golongan minority di Kelantan tidak pernah di sisihkan atau di anak tirikan,mereka di beri hak yang sama dengan orang melayu di Kelantan.Mereka juga di beri lantikan politik seperti penghulu, Ahli Majlis bahkan ada yang dilantik sebagai Pegawai Penerangan di urusetia penerangan negeri Kelantan. Ini membuktikan ketelusan dan keadilan yang diamalkan di negeri Kelantan tegasnya lagi. Pentadbiran Pas di Kelantan yang mengutamakan kebajikan pelbagai kaum di kelantan telah menarik perhatian Kelab Penyokong Pas Baling, Kedah. di mana mereka telah menhadiri majlis ilmu di medan ilmu KB dan berkesempatan bertemu dengan Yab Tg Nik Aziz, Begitu jelas terbayang rasa seronok dan gembira bila bertemu dengan pemimpin yang mereka kasihi.

1 comment: