Tuesday 14 July 2009

KELANTAN BERCUTI

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya

Sekaligus tindakan Kelantan memberi cuti kepada penjawat awam sempena pilihanraya Kecil Manek Urai menjadi bukti betapa cakna kerajaan Kelantan demi kepentingan umum.

No comments:

Post a Comment