Thursday 16 July 2009

Antara Kemenangan dan Kekalahan di PRK MU (N 041)

Ayahmuda berpandangan dengan melihat taburan janji UMNO cukup hebat dengan sogokan wang untuk membina pelbagai kemudahan kepada masyarakat setempat serta pelbagai lagi dengan janji kemewahan jika mereka mengundi UMNO. Dan sepatutnya UMNO menang . Tetapi, janji mereka hanya nampak sia-sia sahaja kerana masyarakat di sini masih menyokong penuh kepimpinan Pas di Kelantan khususnya bawah teraju Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kemenangan yang diraih calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah yang mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai kelmarin.

Kemerosotan undi Pas pada pilihan raya kecil itu perlu dikaji dalam masa terdekat bagi melihat kembali apakah faktor penyebab ia berlaku. Kajian akan dibuat secara menyeluruh akan dibuat bagi melihat sama ada faktor sogokan wang, kesedaran atau sebaliknya yang berlaku dalam kelompok masyarakat di kawasan berkenaan.

Pas Kelantan buat masa ini, belum dapat dipastikan lagi punca Pas hanya meraih majoriti 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi ketika Pilihan Raya Umum ke-12, 2008.

Mengulas mengenai dua puteri UMNO yang didakwa cedera dibaling batu, isu berkenaan sengaja dipropagandakan dengan menuduh penyokong Pas berbuat demikian.

Kita tidak mendapat apa-apa pengesahan mengatakan penyokong Pas yang membaling batu berkenaan, lagipun pihak polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Keseluruhannya pengundi di Manek Urai berubah-ubah pendirian dan kecenderungan. kalau dilihat pada sejarah pilihan raya di Manek Urai bermula 1999, Pas menang, 2004 giliran UMNO dan 2008 Pas kembali merebut kerusi DUN berkenaan serta pilihan raya kecil ini juga memihak kepada Pas.Rakyat kelantan tetap bersama Tuan Guru.

No comments:

Post a Comment