Wednesday 22 July 2009

Perteguhkan ukhwah sesama Muslim

“Saban Tahun kita menyambut ketibaan Israk Mikraj tapi apa yang kita lihat suasana pengamalan terhadap pengajaran dan panduan yang terselit dari peristiwa israk mikraj seolah-olah tidak diamalkan dalam kehidupan umat Islam. Realitynya penyalahgunaan dadah, gejala social yang semakin meningkat, kadar perceraian yang semakin membimbangkan, tipisnya ketaatan isteri kepada suami, suami yang mengabaikan tanggungjawab dan pelbagai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita hari. semua gejala ini menyumbangkan kepada kerosakan akhlak dan pergaulan bebas di kalangan masyarakat. Justeru itu sempena dengan sambutan israk mikraj pada tahun ini, dari sini bermulanya perubahan demi perubahan yang patut dilakukan dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.” Demikian pandangan yang di lontarkan oleh Ustaz Adnan bin Hj Othman,Yang Dipertua Persatuan Mawaddah Kelantan(PEMAKEL).

Jelas beliau lagi, Peristiwa israk mikraj bukan sekadar untuk menghibur jiwa Rasulullah SAW yang sedang melalui tempoh tahun dukacita dengan kehilangan 2 orang yang selalu membantu Baginda dalam menyebarkan dakwah Islam iaitu Siti Khadijah(Isteri tercinta baginda) dan Abu Talib (bapa saudara) tetapi adalah berkaitan rapat dengan keimanan yang jitu dan keyakinan yang amat tinggi terhadap kekuasaan Allah, tiada yang mustahil bagi Allah SWT. Begitu jua dengan kejadian yang berlaku sepanjang israk mikraj merupakan pengajaran yang amat baik yang berkaitan dengan kehidupan kita sehari-hari, contohnya dalam satu kisah bagaimana Rasulullah SAW di perlihatkan dengan peristiwa seorang lelaki yang memikul beban sehingga tak berdaya tapi di tambah lagi bebanan, menggambarkan bagaimana ada manusia yang bersikap tamak dan haloba terhadap pangkat dan kekuasaan sehingga jawatan yang sedia ada pun dah tak mampu di pikul tapi sangup lagi menerima pelbagai jawatan demi kepuasan nafsu diri sendiri. Ini reality yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Salah satu peristiwa penting yang berlaku adalah kefardhuan solat lima waktu dan Nabi SAW telah di tunjukkan dengan detapa azabnya mereka yang meninggalkan solat. Mereka ini telah menghantukkan kepala di batu sehingga pecah dan bercantum kembali, selepas itu di hantuk lagi begitulah berulang-ulang.Sayangnya ada dari kalangan umat Islam yang tidak merealisasikan ibadat solat ini. Mungkin hanya solat ketika ada ceramah israk mikraj atau semasa kempen bulan sembahyang pada bulan rejab atau pun pada hari raya aidil fitri dan hari raya aidil adha.Inilah suasana yang berlaku pada hari ini.”

Atas kesedaran inilah Persatuan Mawaddah Kelantan di tubuhkan sebagai sebuah organisasi sukarela untuk berganding bahu bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk membantu dan menyedarkan kembali masyarakat supaya menghayati ajaran-ajaran dalam Islam sesuai dengan slogan kerajaan negeri Kelantan iaitu “membangun bersama Islam”. Mengulas tentang persatuan Mawaddah Kelantan,Persatuan ini di tubuhkan pada jun 2009 adalah sebuah badan sukarela berhasrat dan berusaha untuk membantu terutama sekali golongan orang2 tua, anak yatim/terbiar dan terlibat secara akti dalam masyarakat seperti menganjurkan kursus/seminar, gotongroyong, pendidikan, sukan dan pelbagai lagi aktiviti yang akan dianjurkan dari masa kesemasa.

No comments:

Post a Comment